Bila menyentuh soal pengurusan harta pusaka sekalipun, apa yang terlintas di dalam fikiran ramai adalah berkenaan faraid semata-mata. Sebenarnya skop pengurusan harta pusaka adalah jauh lebih besar dan ada ketikanya rumit.
Dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda beberapa perkara yang anda perlu tahu apabila melibatkan pengurusan harta pusaka. Jom baca!
Pengurusan Harta Pusaka
Harta pusaka merujuk kepada segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan kepada waris-waris sah samada dalam bentuk harta, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.
Kami ada sentuh dengan lebih mendalam berkenaan maksud harta pusaka, apa yang dikategorikan sebagai harta pusaka dan apa yang tidak boleh dituntut sebagai harta pusaka dalam artikel berbeza.
Baca Disini : Cara dan Kaedah Pembahagian Harta Pusaka
Di dalam skop pengurusan harta pusaka, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu seperti berikut:
Waktu Paling Sesuai Untuk Pengurusan Harta Pusaka?
Ramai yang tidak tahu bila sebenarnya soalan-soalan berkaitan bila harta pusaka patut diuruskan patut ditanyakan. Hal ini kerana ramai yang berasa risau seandainya ada yang tersalah faham diri mereka seolah-olah tamak harta.
“Kubur masih merah, dah tanya pasal harta?”
“Kau memang nampak harta je kan?”
Itulah kerisauan yang banyak bermain di fikiran para waris yang patut menerima harta pusaka. Sebenarnya urusan ini haruslah dimulakan sesegera yang mungkin namun pilihlah masa yang paling sesuai.
Semua ini adalah bagi mengelakkan beberapa isu seperti:
- Kematian waris yang berhak
- Dokumen penting hilang atau lupus
- Mengelakkan berlakunya tanah terbiar
- Mengelakkan wang daripada masuk kepada Bahagian Wang Tak Dituntut
Apa Senarai Dokumen Pengurusan Harta Pusaka Diperlukan?
Ada beberapa dokumen yang anda perlukan dalam pengurusan ini adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Kad Pengenalan waris muka hadapan dan belakang
- Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak hadapan dan belakang bagi waris yang berusia kurang daripada 18 tahun
- Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan si mati
- Salinan Geran yang lengkap beserta Pelan Tapak bagi harta tak alih yang dituntut jika ada hak milik atau geran
- Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan jika harta tersebut masih belum mempunyai hak milik atau geran
- Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan
- Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih si mati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, insurans, hak milik kenderaan dan lain-lain
- Salinan dokumen Penyata Hutang Piutang si mati (jika berkaitan)
Banyak kan? Sebab itulah ia perlu diselesaikan sesegera mungkin. Adalah lebih sekiranya kita sendiri memudahkan urusan para waris sekiranya sampai ajal kita terlebih dahulu dengan menyediakan kesemua dokumen kita dengan lengkap.
Berapa Lama Tempoh Untuk Menguruskannya?
Ramai yang tak tahu bagaimana cara untuk bermula dan ramai juga yang memilih untuk memandai-mandai dalam bab pengurusan harta pusaka ini. Kesannya, tiada progress yang cantik seperti sepatutnya.
Kebiasaannya, segala proses dan prosedur mengambil masa sekitar 5 bulan. Ada ketikanya dapat diselesaikan dengan lebih awal. Kebanyakan masanya, akan berlaku beberapa isu dan kelewatan samada daripada pihak waris, peguam atau badan yang berkaitan.
Sebab itulah jika anda mampu untuk segerakannya, segerakanlah. Jika anda menunggu terlalu lama, makin lama jugalah untuk urusan ini selesai.
Siapa Yang Boleh Memohon Sebagai Pemohon?
Kebiasaannya, pakar pengurusan harta pusaka akan membantu anda dari segi prosedur, teknikal dan lain-lain. Permohonan sebagai pemohon pula haruslah dilakukan oleh mana-mana waris yang dinyatakan di bawah:
- Suami
- Isteri
- Bapa, ibu, anak dan mana-mana waris yang boleh mewarisi harta si mati
- Pemiutang
- Pemegang gadaian
- Penerima wasiat
- Baitulmal
- Penghulu
- Pegawai Penempatan
- Pemegang Amanah
- Penerima Amanah
- Beberapa lagi
Sekalipun ramai waris yang boleh menjadi pemohon, tidak semestinya semua perlu hadir sewaktu permohonan ingin dilakukan. Namun, bagi urusan perbicaraan, para waris digalakkan untuk hadir dan pemohon wajib hadir.
Jika anda menghadapi masalah untuk menghadirkan diri pada saat perbicaraan, makluman awal perlulah dilakukan. Hal ini kerana tempat perbicaraan bergantung kepada di mana jumlah harta tak alih paling banyak.
Jadi, pasti akan ada waris yang akan mengalami kesukaran untuk menghadirkan diri jika tempat tersebut adalah jauh dan waris memiliki kekangan-kekangan tertentu.
Bagaimana Pembahagian Harta Pusaka Dilakukan?
Terdapat dua jenis cara yang akan dilakukan untuk pembahagian harta pusaka ini. Kedua-dua cara tersebut adalah seperti berikut:
- Faraid
- Muafakat
Untuk perkongsian lanjut dan lebih mendalam mengenai kedua-dua cara ini, anda boleh baca artikel kami di bawah.
Baca Juga: Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik
Kesimpulan Pengurusan Harta Pusaka
Sekian sahaja perkongsian kali ini berkenaan pengurusan harta pusaka. Ada beberapa perkara lagi yang anda perlu tahu berkaitan dengannya.
Adalah lebih baik jika anda mendapatkan penerangan yang lebih terperinci daripada mereka yang pakar di dalam bidang harta pusaka ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.
Bantuan Pengurusan & Pentadbiran Harta Pusaka
Klik butang di bawah jika anda ada masalah tentang pembahagian harta pusaka & perlukan khidmat nasihat daripada perunding pusaka & peguam pusaka kami.
Pingback: Harta Pusaka Kecil - Maksud, Ciri dan Proses Terlibat - Solusi Kini