PENGURUSAN & PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Proses Pengurusan & Pentadbiran Harta Pusaka (Tuntutan & Pembahagian)

pengurusan harta pusaka

Definisi Harta Pusaka

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Harta si mati secara lazimnya terdiri daripada: Harta Alih iaitu wang tunai, barang kemas, kenderaan dsb; & Harta Tak Alih iaitu hartanah seperti rumah dan tanah.

Harta pusaka alih dan harta tidak alih

DI MANA TUNTUTAN PUSAKA DIBUAT?

MAHKAMAH TINGGI

UNIT PUSAKA KECIL-JKPTG

AMANAH RAYA BERHAD

Cara pembahagian harta pusaka

1. Pembahagian secara faraid

2. Pembahagian secara muafakat

Pemohon harta pusaka

Pemohon mestilah dikalangan waris  atau mana-mana pihak yang berkepentingan. Antaranya ialah:

Tidak semua waris perlu hadir untuk permohonan, hanya pemohon sahaja.

Tempoh masa untuk pengurusan & pentadbiran harta pusaka

**Perlu diingatkan bahawa tempoh masa pemprosesan ini juga bergantung kepada maklum balas dan kerjasama daripada waris dan pihak ketiga.

Dokumen yang diperlukan untuk proses pengurusan

Sijil faraid boleh dimohon di Mahkamah Syariah. Keperluan sijil faraid bergantung kepada tempat pemohon menguruskan harta pusaka. Antara keperluan sijil faraid ialah bila:

**Perintah Faraid adalah satu akuan rasmi yang mengandungi maklumat tentang nilaian harta pusaka si mati dan waris-waris berhak yang beragama Islam serta bahagian-bahagian yang berhak mereka peroleh ke atas harta pusaka selepas dibuat pengiraan faraid yang telah disahkan dan dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang.

PROSEDUR PERMOHONAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

MAHKAMAH TINGGI [PUSAKA BESAR]

Harta Pusaka Besar adalah harta peninggalan simati yang nilaian keseluruhannya melebihi RM2 juta. Prosedur ini juga terpakai bagi simati bukan Islam yang meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 364].

Pengurusan Harta Pusaka Besar adalah tertakluk dibawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil dan hendaklah melalui lantikan peguam atau pihak yang berkepentingan.

Permohonan bagi pengurusan harta pusaka besar terdiri daripada 2 peringkat yang diperlu disempurnakan (MANDATORI)  iaitu :

  • Permohonan mendapatkan Grant of Letter of Administration (Surat Kuasa Mentadbir); dan
  • Permohonan untuk membuat Pembahagian.

Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Setelah Surat Kuasa Mentadbir simati diperolehi, Pentadbir hendaklah mendaftarkan Surat Kuasa Mentadbir tersebut di Pejabat Tanah yang berkenaan supaya semua pendaftaran hak milik simati didaftarkan atas nama Pentadbir.

Pentadbir bertanggungjawab untuk mengumpulkan kesemua maklumat harta-harta simati dan menyelesaikan liabiliti-liabiliti simati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang simati. Pentadbir kemudiannya bertanggungjawab memohon perintah pembahagian daripada Mahkamah Tinggi yang sama.

Jika melibatkan simati Islam, Pentadbir hendaklah mendapatkan Sijil Faraid terlebih dahulu dari Mahkamah Tinggi Syariah. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat.

Bagi simati bukan Islam yang ada meninggalkan wasiat yang sah, pembahagian akan dibuat berdasarkan wasiat tersebut. Manakala jika tiada wasiat, pembahagian akan dibuat mengikut Akta Pembahagian 1959 [Akta 300] atau secara muafakat mengikut persetujuan waris

Harta Pusaka Kecil adalah harta peninggalan simati yang terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) samada sebahagian atau keseluruhan dengan nilaian di bawah RM2 juta. 

Pengurusan Harta Pusaka Kecil adalah tertakluk di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].

Permohonan hendaklah dibuat di Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)  atau Pejabat Tanah dimana terletaknya harta tak alih simati. Jika simati mempunyai beberapa hakmilik tanah dibeberapa daerah atau negeri, waris boleh memilih untuk mengemukakan permohonan di salah satu daerah atau negeri mengikut kemudahan waris. Pilihan pertama permohonan dimasukkan di daerah atau negeri yang dibuat tersebut akan mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk boleh menyelesaikan semua harta pusaka simati yang berada di pelbagai daerah atau negeri yang lain. 

Waris adalah digalakkan untuk menguruskan sendiri permohonan pusaka kecil. Walaubagaimanapun, waris masih mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat peguam atau Amanah Raya Berhad.

Perbicaraan

Petisyen/permohonan yang telah diproses akan melalui perbicaraan. Waris-waris simati dan pihak berkepentingan akan diberikan Notis Perbicaraan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat perbicaraan. Pempetisyen/pemohon wajib menghadiri perbicaraan yang telah ditetapkan. Kehadiran pempetisyen/pemohon dan waris-waris perlu membawa dokumen-dokumen asal pada hari perbicaraan.

Perintah Pembahagian

Perintah yang telah diperolehi perlu didaftarkan di Pejabat-pejabat Tanah yang berkenaan (dimana hakmilik hartanah simati didaftarkan). 

Manakala bagi harta alih adalah dirujuk kepada institusi berkaitan. 

Contoh : 

  • Hakmilik kenderaan – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Saham ASB – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
  • Wang Simpanan – bank berkaitan

Harta pusaka ringkas adalah harta peninggalan simati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja dengan nilaian keseluruhan tidak melebihi RM600K. 

Contoh harta alih adalah:

  • Wang Simpanan
  • Saham (Contoh : ASNB, KWSP, Tabung Haji)
  • Kenderaan
  • Insurans 

Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas hendaklah dibuat kepada Amanah Raya Berhad berdasarkan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. Harta simati akan ditadbir oleh Amanah Raya Berhad termasuk penyelesaian hutang simati, kos belanja pengebumian dan sebagainya sebelum harta tersebut dibahagikan kepada waris-waris simati. Pembahagian akan dilaksanakan samada mengikut faraid bagi orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] bagi orang bukan Islam. Pembahagian juga boleh dibuat secara muafakat tertakluk kepada persetujuan semua waris.

Pengurusan harta pusaka ringkas yang ditadbir oleh Amanah Raya Berhad akan dikenakan bayaran mengikut fi yang ditetapkan oleh Perbadanan tersebut.

MASALAH YANG SERING DIHADAPI BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Untuk menguruskan harta pusaka (tuntutan & pembahagian), pemohon mestilah membuat permohonan  kepada institusi pengurusan harta pusaka (Amanah Raya Berhad / Unit Pusaka Kecil JKPTG / Mahkamah Tinggi) mengikut nilai & jenis harta pusaka simati.

Secara asasnya, pengurusan harta pusaka tidaklah begitu sukar jika mempunyai dokumen yang lengkap dan kesemua waris memberi kerjasama.

Namun begitu terdapat beberapa situasi dimana proses pengurusan harta pusaka ini menjadi begitu rumit & sukar seperti:

Adakah anda sedang mengalami kesulitan membuat tuntutan harta pusaka seperti di atas?

konsultasi peguam harta pusaka

Masalah berkenaan proses tuntutan harta pusaka memang sesuatu memeningkan bila melibatkan ramai waris yang berlapis-lapis, waris tidak memberi kerjasama atau pentadbir meninggal dunia sebelum urusan harta simati selesai diurustadbir.

Masalah ini menyebabkan tuntutan harta pusaka tidak selesai & berlarutan sehingga bertahun-tahun.

Mahukah kami bantu anda menyelesaikan masalah pengurusan harta pusaka keluarga anda?

Bantuan Pengurusan & Pentadbiran Harta Pusaka

pengurusan harta pusaka

Di SolusiKini, kami bersama rakan usahasama HSKEE LAW FIRM yang terdiri daripada barisan Peguam Yang Pakar  Serta Berpengalaman Sejak 2008 Dalam Pentadbiran & Pengurusan Harta Pusaka telah membantu ramai klien kami yang mempunyai masalah rumit berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka.

HSKEE LAW FIRM RAKAN USAHASAMA SOLUSIKINI

0
Berpengalaman Sejak
0
Bil Tuntutan Berjaya

Apa Yang Kami Boleh Bantu Dalam Menguruskan Harta Pusaka Keluarga Anda

Klik tab di bawah untuk membaca kajian kes (case study) klien yang pernah mengalami masalah berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka serta penyelesaian terhadap setiap masalah tersebut.

Fakta Kes:


Seorang bapa saudara berhasrat untuk memberi hakmilik sebuah hartanah kepada 3 orang anak
buahnya, Ifzan, Aidil dan Shariski yang mana pada masa itu mereka semua adalah di bawah umur (minor).

Satu surat ikatan Amanah telah dibuat oleh beliau (Pemegang Amanah) untuk memegang hartanah tersebut atas amanah dan pemegang hakmilik untuk ketiga-tiga anak buahnya itu (benefisiari).

Beliau telah mengisytiharkan diri sebagai pemegang Amanah tunggal dan tidak menamakan atau menyatakan tentang perlantikan pemegang Amanah yang baharu selepas kematian beliau.

Kematian beliau telah menyebabkan hartanah yang dipegang tersebut tidak boleh dilakukan apa apa ke atasnya sebarang langkah perlaksanaan (execution) untuk selama kira-kira 10 tahun.

Ifzan, atas nasihat dan melalui peguamcaranya, Tetuan Hifdzi Salmiah Kee Hanisah & Co. telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil untuk melantik diri sebagai pemegang amanah yang baharu untuk melaksanakan Amanah tersebut dan supaya hartanah itu dapat diletakkan kepada dirinya dan juga benefisiari yang lain. Segala kertas-kertas kausa dan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut telah disediakan oleh pihak peguam.

Persetujuan daripada dua orang benefisiari lain juga telah diperoleh untuk melantik Ifzan sebagai Pemegang Amanah yang baharu melalui perjanjian “Deed of Trust” yang telah dimasuki dan ditandatangani oleh mereka. Tambahan lagi, Ifzan ialah salah seorang benefisiari kepada hakmilik hartanah tersebut mengikut surat ikatan amanah yang terdahulu, justeru dia jelas mempunyai kepentingan and berhak (absolutely entitled) kepada hartanah tersebut.

Keputusan:


Mahkamah telah mengeluarkan satu perintah untuk melantik Ifzan sebagai Pemegang Amanah yang baharu untuk Amanah yang telah diwujudkan oleh arwah bapa saudaranya.

Ifzan juga diberi kuasa untuk melantik Pemegang Amanah yang lain jika perlu dan dia bebas untuk
memohon kepada Mahkamah untuk satu perintah atau arahan yang berkaitan dengan pelaksanaan
Amanah tersebut.

Mahkamah turut memberi suatu perintah perletakhakan (Vesting Order) bagi hartanah tersebut kepada Ifzan sebagai Pemegang Amanah.

1. Puan Zuraina merupakan pemilik terkini bagi sebuah hartanah yang telah dibeli oleh beliau daripada seorang Individu A. Individu A tersebut telahpun mengusahakan dan menguruskan hartanah tersebut selama hampir 20 tahun.

2. Individu A telah membeli hartanah tersebut daripada Individu B namun sebenarnya, hartanah tersebut masih lagi di bawah nama seorang Individu D sepertimana yang tertera di dalam geran hartanah tersebut.

3. Individu D telahpun meninggal dunia dan Individu C, seorang waris, telah dilantik sebagai Representative kepada Individu C. Belum sempat sebarang proses pertukaran nama atas geran dibuat, Individu C meninggal dan hartanah tersebut diuruskan kepada warisnya, Individu B.

4. Setelah itu, berlakulah urusan jual beli antara Individu B dan Individu A danseterusnya antara Individu A kepada Puan Zuraina. Namun, sepanjang kesemua transaksi tersebut, nama yang tertera di atas geran masih lagi tertera nama Individu D sebagai pemilik dan Individu C sebagai Representative.

Sebagai usaha untuk membetulkan keadaan yang dihadapai oleh Puan Zuraina, pihak kami telah membuat permohonan untuk suatu perintah perletakhakkan dan juga beberapa deklarasi seperti:

    • Deklarasi Individu C adalah Representative kepada pemilik asal,
      Individu D;
    • Deklarasi bahawa Individu B adalah waris kepada Individu C;
    • Deklarasi bahawa transaksi jual beli hartanah antara Individu B dan
      Individu A adalah sah dan mengikat waris-waris Individu B; dan
    • Deklarasi bahawa transaksi jual beli hartanah antara Individu A dan
      Puan Zuraina adalah sah dan mengikat waris-waris Individu B dan
      Individu C.

6. Kes ini juga menarik kerana terdapat isu berkaitan ejaan nama yang berbeza- beza bagi Individu C, walaupun pada hakikatnya merujuk kepada orang yang sama. Dalam kes ini, Individu C mempunyai beberapa ejaan nama yang berbeza di beberapa dokumen yang berlainan sekaligus menyukarkan proses identifikasi untuk dilakukan.

7. Perkara ini dapat diselesaikan menerusi suatu akuan berkanun daripada waris Individu B dan C, yang menyatakan nama-nama berlainan ejaan tersebut merujuk kepada orang yang sama berdasarkan bukti-bukti yang diberikan dan suatu deklarasi daripada mahkamah berjaya diperoleh bahawa nama-nama yang berlainan ejaan tersebut adalah merujuk kepada individu yang sama.

Fakta Kes:

  1. Kes telah berlanjutan semenjak surat kuasa mentadbir diperoleh pada sekitar tahun 1980an apabila Surat Kuasa Mentadbir kali pertama diperolehi.

  2. Anakguam sebagai waris mengalami kesulitan apabila harta-harta pusaka yang belum selesai diturunmilik kepada waris-waris apabila Pentadbir bagi urusan pusaka simati telah meninggal sebelum urusan harta simati selasai diurustadbir.

  3.  Keadaan semakin sulit apabila melibatkan waris berlapis , akibat daripada kematian-kematian di antara waris-waris lapisan pertama, lapisan kedua, lapisan ketiga, dan lapisan ke-empat. Keadaan ini semakin sulit apabila terdapat dikalangan waris yang berpoligami dan meninggalkan waris berlapis.

  4. Ke semua waris berlapis ini adalah berjumlah 83 orang. Pada awalnya terdapat persengketaan di antara waris-waris, namun keadaan tersebut telah dijernihkan.

  5. Suatu tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Sivil telah dimulakan dikenali sebagai “De Non Bonis” prosiding bagi melantik pentadbir yang baru bagi menyelesaikan pengurusan harta pusaka simati pada sekitar 2019.

  6. Suatu tindakan di Mahkamah Tinggi Syariah juga telah dibuat oleh anakguam, dimana pihak peguam telah Menyusun atur kertas kausa dan dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan oleh Mahkamah. Tindakan di Mahkamah Syariah hanyalah semata-mata bagi mendapatkan sijil faraid memandangkan melibatkan waris berlapis, dimana Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam menentukan siapakah waris-waris yang berhak semasa prosiding De Non Bonis tersebut.

  7. Sijil Faraid di Mahkamah Tinggi Shariah dan juga Surat Kuasa Mendabir lanjutan, daripada Mahkamah Tinggi Sivil telah selesai pada sekitar 2021.

  8. Kes mengambil masa yang lama akibat daripada proses mengumpul waris-waris, berserta dokumen-dokumen sokongan seperti sijil kematian waris berlapis, sijil beranak waris berlapis, dan juga sijil kematian waris berlapis yang diperlukan bagi rujukan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Maklumbalas Klien Kami

Rose hj Zahari
Rose hj Zahari
2022-10-05
Terima kasih Hifdzi Salmiah Kee Hanisah & Company kerana menguruskan pembelian rumah saya. Perkhidmatan yang amat memuaskan dan cepat. Terima kasih kepada En. Luqman dan Puan Hani peguam yang menguruskannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Well done and Good Job. Tahniah
Wanb Van Bersie
Wanb Van Bersie
2022-02-11
Friendly staff
masithah 30/11/1988
masithah 30/11/1988
2021-09-24
Alhmdulillah Servis terbaik urusan pembelian rumah saya berjalan lancar.. pengalaman beli rumah pertama dan jumpa firm yg terbaik..ketakutan masa nk beli rumah selalu di momokkan dgn masalah dgn peguam .. tapi bile berurusan dengan firm die memang tolong dari awal sampai abis..terima kasih kepada puan Salmiah puan hani dan semua yg membantu dari awal sampai abis.. selamat maju jaya..
Lubukhartanah Official
Lubukhartanah Official
2021-08-07
Nice place. The lawyers are so professional
AHN LAW
AHN LAW
2021-06-23
Advocates & Solicitors. Conveyance, corporate, civil and criminal litigations, cross border corporate and commercial matters
Kamaladnan Abdullah
Kamaladnan Abdullah
2021-06-19
kepada yang sedang mencari peguam untuk urusan jual beli hartanah boleh lah berurusan dengan firm hifdzi salmiah. Perkhidmatan terbaik dan sangat sangat berkualiti . Mempunyai staf yang berdidikasi serta prinsipal yang hebat. Taniah Hidzi Salmiah Kee Hanisa.
jay alvi
jay alvi
2021-06-12
Very recommended law firm..truely happy with their service., Very fast and professional..What I do is just give my signature and let them do the rest..terima kasih dan jika ada rrezeki boleh berurusan lagi.

Klik butang whatsapp atau scan qr code di bawah jika anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan pengurusan harta pusaka & perlukan bantuan. Team kami (rakan usahasama peguam harta pusaka) akan membantu anda.

Klik butang whatsapp di bawah jika anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan pengurusan harta pusaka & perlukan bantuan. Team kami (rakan usahasama peguam harta pusaka) akan membantu anda.

Kami bantu anda selesaikan masalah tuntutan harta pusaka keluarga anda

Atau nak kami Tadbir & Uruskan Harta pusaka keluarga anda?

Isi borang di bawah dan team SolusiKini akan hubungi anda semula untuk atur tarikh & masa konsultasi bersama rakan usahasama peguam harta pusaka kami di pejabat HSKEE LAW FIRM di Vista Alam, Sekyen 14 Shah Alam atau Secara Online Melalui Aplikasi Zoom.

Konsultasi  ini adalah selama 30 minit & berharga RM500 100% PERCUMA!