Pinjaman LPPSA – Kelebihan Berbanding Pinjaman Lain

Pinjaman LPPSA

Pinjaman LPPSA – Kelebihan Berbanding Pinjaman Lain

Sebagai seorang penjawat awam, agak rugi sebenarnya jika anda tidak memanfaatkan kelebihan dan manfaat yang ada pada pinjaman LPPSA dalam hal-hal berkaitan pembelian atau pembinaan kediaman.

LPPSA merupakan singkatan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam telah ditubuhkan sejak dari tahun 2016 lagi dan telah membantu ramai penjawat awam untuk memiliki kediaman sendiri.

Sasaran pembiayaan tahunan LPPSA juga telah meningkat daripada 8-10 billion setahun kepada 12 billion setahun. Hal ini memberi maksud bahawa pihak LPPSA mensasarkan lebih ramai penjawat awam untuk diberikan pinjaman.

Kelebihan Pinjaman LPPSA

Kami ingin kongsikan dengan anda berkenaan kelebihan dan juga manfaat pinjaman ini kepada penjawat awam. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Marjin pembiayaan

Menerusi LPPSA, penjawat awam boleh mendapatkan jumlah atau marjin pinjaman sehingga 100% daripada nilai kediaman impian anda.

b. Kadar faedah Pinjaman LPPSA

LPPSA juga menawarkan pinjaman dengan kadar faedah diantara yang terendah yang anda boleh dapatkan iaitu serendah 4%.

c. Bilangan pembiayaan

Buat penjawat awam yang sudah menyelesaikan pinjaman atau pembiayaan pertama, anda layak untuk mendapatkan pinjaman atau pembiayaan kedua pula.

d. Ansuran bulanan Pinjaman LPPSA

Ansuran bulanan yang akan dikenakan anda adalah berbeza mengikut amaun yang dipinjam, kelayakan anda dan lain-lain namun ansuran bulanan ini tidak akan melebihi 50% daripada gaji pokok anda.

e. Tempoh pinjaman

Untuk pinjaman pertama, tempoh pinjaman adalah 30 tahun manakala untuk pinjaman kedua pula, tempoh pinjaman adalah 25 tahun.

f. Had umur

Pinjaman LPPSA memberikan had umur yang agak tinggi iaitu sehingga umur 90 tahun.

g. Kelebihan faedah

Terdapat beberapa kelebihan faedah yang anda boleh nikmati menerusi pinjaman atau pembiayaan yang ditawarkan oleh LPPSA ini seperti:

  • Faedah atas baki pinjaman
  • Ikut kaedah baki berkurangan
  • Faedah akan berkurang setiap bulan

h. Permulaan bayaran kadar faedah

Menerusi Garisan Panduan LPPSA muka surat 38, bagi rumah bertanah, pengiraan hanya akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100% dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.

Maksudnya disini adalah, dengan mendapatkan pinjaman atau pembiayaan perumahan daripada LPPSA, penjawat awam tidak perlu untuk membayar kadar faedah pada setiap bulan mengikut peratusan projek siap dibina. Inilah yang membezakan ia dengan pinjaman atau pembiayaan perumahan biasa.

i. Kaedah bayaran Pinjaman LPPSA

Kaedah bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini juga boleh dibuat menerusi potongan pencen jika peminjam telah bersara atau menerusi potongan gaji jika peminjam masih lagi berkhidmat.

j. Tanah berstatus pertanian

Pembiayaan atau pinjaman LPPSA ini juga boleh digunakan untuk pembiayaan atau pinjaman individu bagi pembelian hartanah di atas tanah yang mempunyai status pertanian.

k. Dua nama

Sekalipun Perjanjian Jual Beli (S&P) mengandungi dua nama, tiada masalah untuk anda melakukan pembiayaan secara individu.

l. Rumah kos rendah

Pembiayaan ini juga dibolehkan untuk pembelian rumah kos rendah yang masih dalam proses pembinaan. Namun, ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi daripada pihak LPPSA sendiri.

m. Petak rumah siap yang belum memiliki hak milik Strata

Pembiayaan untuk pembelian mana-mana petak rumah yang telah siap namun masih belum mendapat taraf hak milik Strata dibenarkan. Namun, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi seperti ia haruslah dibuat dibawah pembelian harta sekunder assignment.

Pembeli pula tidak dibenarkan untuk menjual petak rumah tersebut kepada sesiapa sahaja selagi mana hak milik Strata tidak dikeluarkan.

n. Pembelian hartanah oleh adik beradik

Pembiayaan dan pinjaman ini juga dibenarkan untuk urusan pembelian hartanah oleh adik-beradik.

o. Pembinaan rumah atas tanah pasangan

Selain itu, pihak LPPSA juga membenarkan pembiayaan atau pinjaman untuk pembinaan rumah di atas tanah milik pasangan dengan syarat anda merupakan pemilik bersama untuk tanah tersebut.

Syarat Permohonan Pinjaman LPPSA

Untuk memastikan anda layak mendapatkan mana-mana jenis pinjaman LPPSA, anda perlulah memenuhi segala syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Namun, syarat yang paling utama sesuai dengan namanya,anda haruslah merupakan penjawat awam samada:

  • Anggota pentadbiran persekutuan
  • Anggota pentadbiran negeri
  • Ahli parlimen
  • Ahli dewan undangan negeri
  • Hakim
  • Badan-badan berkanun
  • Anggota perkhidmatan awam
  • Pihak berkuasa tempatan
  • Anggota polis
  • Anggota tentera
  • Kerajaan negeri

Jika anda merupakan salah satu daripada penjawat awam yang dinyatakan, anda perlu memastikan diri anda memenuhi kriteria kelayakan LPPSA yang seterusnya pula iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  • Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  • Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.

Selain itu, anda juga harus memastikan bahawa anda bukan seorang yang:

  • Bankrap
  • Terlalu banyak berhutang
  • Pemakan gaji tidak berkemampuan
  • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
  • Masih bekerja secara kontrak

Baca lebih lanjut: Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA

Kesimpulan Pinjaman LPPSA

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan pinjaman LPPSA atau pembiayaan LPPSA ini. Sebenarnya banyak sangat kelebihan atau manfaat yang akan diterima oleh penjawat awam yang layak.

Namun, setakat ini belum ramai lagi penjawat awam yang tahu akan kewujudan LPPSA ini yang boleh membantu mereka dalam mendapatkan pembiayaan untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

Jangan risau. Jika anda ingin memohon LPPSA, pihak kami boleh bantu anda.

Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA

Pinjaman LPPSA

Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *