Peguam LPPSA – Bila Anda Perlu Melantik Mereka?

Peguam LPPSA

Peguam LPPSA – Bila Anda Perlu Melantik Mereka?

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan lebih lanjut mengenai peguam LPPSA terutamanya berkaitan urusan apa yang anda perlu melantik panel peguam ini.

Apa yang bakal kami kongsikan ini adalah berdasarkan Pekeliling Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil 1/2018 dan Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil 2/2018  yang dikeluarkan LPPSA sendiri.

Sebelum kami teruskan dengan lebih lanjut, mungkin ada baiknya untuk kami berikan sedikit pengenalan mengenai LPPSA terlebih dahulu.

Mengenai LPPSA

LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebelum ini dikenali dengan nama Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). LPPSA ini telah ditubuhkan sejak dari tahun 2016 lagi.

Setelah hampir 7 tahun penubuhannya, LPPSA selaku sebuah badan berkanun yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pembiayaan perumahan buat mereka yang berkhidmat dalam sektor dan perkhidmatan awam, telah membantu ramai kakitangan kerajaan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Setakat hari ini, telah lebih daripada 40,000 permohonan telah diluluskan oleh pihak LPPSA. Ia juga merupakan diantara badan yang mempunyai kadar penolakan (rejection) yang termasuk dalam kategori terendah.

Baca Juga : Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA

Panel Peguam LPPSA

Peguam LPPSA

Panel Peguam LPPSA merupakan senarai peguam bertauliah yang diamanahkan untuk membantu penjawat awam yang memenuhi syarat kelayakan permohonan LPPSA untuk membuat pinjaman dari LPPSA.

Para peguam ini akan menerima latihan, pentauliahan dan memahami selok belok proses yang ditetapkan oleh LPPSA. Semua ini adalah penting bagi memastikan mereka dapat memahami dan melaksanakan segala transaksi yang berkaitan dengan LPPSA.

Barisan peguam atau firma guaman yang dilantik oleh LPPSA ini adalah berdasarkan kuasa yang telah diberikan oleh Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015.

Di bawah akta ini di dalam Seksyen 7 adalah menjelaskan bahawa:

“Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat untuk atau yang berkaitan fungsinya…

….kuasa Lembaga termasuklah kuasa –

….(e) Untuk melantik ejen, penasihat termasuklah pakar, peguam bela dan peguam cara…”

Bidang Kuasa Peguam LPPSA

Senarai di bawah ini adalah keadaan di mana anda perlu untuk melantik mereka iaitu:

(a) Pemegang taruh bagi transaksi perjanjian dengan LPPSA

Peguam anda akan menjalankan dan melaksanakan tugas mereka sebagai pemegang taruh. Ia merupakan keadaan dimana mereka akan memegang aset atau sebarang dokumen penting yang terlibat di dalam urusan anda dengan pihak LPPSA.

Semua ini akan berkekalan sehinggalah termeterainya perjanjian diantara anda dan juga pihak LPPSA.

(b) Pengurusan cagaran hartanah

Jika urusan anda melibatkan harta dan juga aset untuk dicagarkan kepada pihak LPPSA, anda akan memerlukan khidmat peguam panel LPPSA untuk menguruskan urusan anda.

Antaranya adalah, anda memerlukan peguam untuk menyediakan segala dokumen yang berkaitan untuk urusan anda dengan pihak LPPSA. Selain itu, peguam juga akan mewakili anda untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi urusan ini.

(c)  Menebus hutang gadaian 

Untuk tujuan ini, khidmat panel peguam hanya diperlukan jika penebusan hutang gadaian adalah dengan menggunakan pembiayaan LPPSA. Pihak peguam akan memasukkan kaveat di atas nama LPPSA sebelum ia diserahkan kepada institusi kewangan atau pihak yang terlibat untuk memegang gadaian hartanah tersebut.

Ia juga termasuklah sebarang permohonan untuk mencagar, memindah milik atau menjual tanah yang telah digunakan untuk tujuan cagaran pembiayaan LPPSA. Pihak lembaga akan mengeluarkan penyata tebus hutang.

Penyata tebus hutang ini akan mempunyai maklumat seperti berapa nilai yang pihak pelanggan berhutang dengan pihak LPPSA. Perlu untuk diingatkan bahawa permohonan hanya dibenarkan melalui peguam sahaja.

(d) Peguam LPPSA untuk pengurusan pembiayaan

Sebagai makluman kepada pihak anda, segala urusan yang melibatkan dokumentasi perundangan pembiayaan LPPSA hanya boleh dilakukan oleh peguam menerusi sebuah platform atas talian yang dikenali sebagai “Loan Management System.”

Antara urusan yang terlibat di platform ini adalah urusan transaksi, kemaskini dan juga penyertaan maklumat. Akses ke platform ini hanya diberikan kepada peguam panel LPPSA sahaja.

(e) Urusan melibatkan kerjaan negeri atau kerajaan persekutuan

Untuk sebarang urusan yang termasuk dalam kategori ini, anda memerlukan khidmat peguam LPPSA untuk menguruskannya bagi pihak anda. Antara urusan yang melibatkan samada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan adalah hal-hal berkaitan pejabat tanah dan juga cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesimpulan

Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai urusan atau keadaan yang memerlukan anda untuk melantik peguam LPPSA bagi mewakili anda untuk berurusan dengan pihak LPPSA atau pihak yang terlibat.

Peguam-peguam yang dilantik oleh LPPSA merupakan peguam yang bertauliah dan juga cekap untuk menguruskan serta jelas dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak LPPSA sendiri.

Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan khidmat peguam yang tepat dan dilantik oleh pihak LPPSA bagi memastikan segala urusan anda dapat dijalankan dan diuruskan dengan lancar.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat buat anda.

Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA

Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *