Pengiraan Kelayakan LPPSA Berserta Contoh

Pengiraan Kelayakan LPPSA

Pengiraan Kelayakan LPPSA Berserta Contoh

Ramai sebenarnya yang ingin mendapatkan pembiayaan LPPSA namun tak tahu cara pengiraan kelayakan LPPSA. 

LPPSA atau nama penuhnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merupakan sebuah bentuk pembiayaan atau pinjaman perumahan yang disediakan khas untuk penjawat awam.

Pengiraan Kelayakan LPPSA

Kalau nak dikira, banyak sangat manfaat yang diberikan oleh LPPSA ini sebenarnya. Namun, masih ramai yang belum tahu dan sedar akan kewujudan LPPSA ini.

Rugi sebabnya ia akan membantu anda yang bekerja sebagai penjawat awam untuk memiliki rumah anda sendiri. 

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengiraan kelayakan LPPSA. Jom baca!

Pengiraan Kelayakan LPPSA

Cara untuk mengira kelayakan ini adalah seperti berikut:

1. Ansuran bulanan hendakal tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap pemohon.

2. Jumlah hutang pula tidak boleh melebihi 80% daripada pendapatan bersih.

3. Gaji bersih untuk semua pemohon atau peminjam haruslah sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Contoh Pengiraan Kelayakan LPPSA

Pengiraan Kelayakan LPPSA
Sumber : Laman Web Rasmi LPPSA

Nota:

  • Anggaran jumlah maksimum bagi pembiayaan anda boleh dikira dengan menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan yang terdapat di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.
  • Amaun pembiayaan yang diluluskan pula adalah tertakluk kepada amaun yang terendah di antara perkara-perkara berikut:
    • Harga hartanah
    • Penilaian JPPH
    • Amaun yang dimohon atau,
    • Kelayakan maksimum pemohon

Soalan-soalan Lazim

Dalam perkongsian ini juga akan dikongsikan beberapa soalan-soalan lazim yang biasanya akan ditanya berkaitan dengan pengiraan kelayakan LPPSA.

Antaranya adalah:

a. Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan bersih?

Bagi anda yang tidak berapa jelas dengan “pendapatan bersih” yang digunakan di dalam LPPSA, ia merupakan:

Pendapatan Bersih = Gaji pokok + Elaun tetap yang diambilkira – Potongan wajib

b. Apa sebenarnya bayaran yang diterima secara bertempoh?

Untuk memudahkan pemahaman anda berkenaan bayaran yang diterima secara bertempoh, ia adalah seperti berikut:

  1. Bayaran tunggakan gaji
  2. Elaun tanggung kerja
  3. Elaun lebih masa
  4. Bantuan khas kewangan
  5. Lain-lain bayaran/elaun yang ditetapkan oleh pihak LPPSA (sekiranya ada).

c. Jenis elaun tetap yang diambilkira

Ada beberapa jenis elaun tetap yang diambilkira didalam pengiraan kelayakan LPPSA ini iaitu:

  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
  2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  3. Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
  4. Imbuhan Tetap Khidmat Tentera (ITKT)
  5. Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU)
  6. Elaun Perumahan Wilayah (EPW)
  7. Elaun Memangku
  8. Bantuan Sara Hidup (COLA)
  9. Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
  10. Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM)
  11. Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS)

d. Jenis potongan wajib yang diambilkira

Didalam kaedah pengiraan kelayakan LPPSA, ada beberapa jenis potongan wajib yang diambilkira iaitu:

  1. KWSP/EPF
  2. PERKESO/SOCSO
  3. Cukai pendapatan
  4. Arahan mahkamah
  5. Araham mahkamah syariah
  6. Bayaran balik gaji
  7. Bayaran Pinjaman Perumahan Persekutuan/Kerajaan Negeri/Badan Berkanun

e. Jenis potongan yang tidak diambilkira

Antara jenis potongan lain yang tidak diambilkira adalah seperti berikut:

  1. Potongan Zakat
  2. Potongan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  3. Potongan Bersifat Tabungan
  4. Potongan Bersifat Simpanan seperti:
    1. Caruman ASB
    2. Simpanan Lembaga Tabung Haji
    3. Simpanan Premium Nasional (SSPN)

Lain-lain Berkaitan Pengiraan Kelayakan LPPSA

Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya samada pengiraan had kelayakan baru ini turut dikuatkuasakan ke atas pemohon daripada mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Kebanyakannya adalah daripada badan atau pihak berkuasa yang tidak tertakluk kepada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Jangan risau kerana semua permohonan untuk pembiayaan perumahan sektor awam ini akan dikira dan dipertimbangkan berdasarkan pengiraan had kelayakan terkini.

Selain itu, LPPSA tidak akan mengambil kira sebarang jenis potongan luar yang tidak tertera di dalam slip gaji anda. Semuanya 100% berdasarkan slip gaji anda sahaja.

Antara perkara lain yang sering menjadi persoalan ramai adalah samada kaedah pengiraan had kelayakan ini selaras dengan Surat Edaran JPA bertarikh 13 November 2017.

Ia adalah berkaitan Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Pengiraan Pendapatan Bersih Penjawat Awam. Jangan risau kerana ia adalah selaras dengan apa yang dinyatakan tadi.

Baca Juga : Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA

Kesimpulan

Buat anda yang ingin mendapatkan pembiayaan atau pinjaman perumahan LPPSA, anda boleh gunakan apa yang kami kongsikan disini terlebih dahulu. Dengan menggunakan kaedah pengiraan kelayakan LPPSA ini, anda boleh membuat pertimbangan yang lebih baik mengenai jenis dan amaun rumah anda.

Gunakanlah apa yang disediakan ini dengan sebaiknya sekiranya anda merupakan seorang penjawat awam. Dengan cara ini, anda dapat memiliki aset anda sendiri dengan cara yang lebih mudah dan pantas.

Setakat ini, lebih dari 40,000 permohonan telah diluluskan dan kadar penolakan atau rejection daripada pihak LPPSA adalah sangat rendah. Jadi, besar kemungkinan untuk permohonan anda diluluskan juga.

Tak salah kaalu mencuba kan? Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!

Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA

Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *