Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik

Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik

Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik

Pembahagian harta pusaka adik beradik ini boleh ditafsir daripada beberapa sudut pandang yang berbeza. Antaranya adalah pembahagian harta pusaka diantara adik beradik selepas ibu atau bapa meninggal dunia atau pembahagian harta pusaka apabila ada adik beradik yang meninggal dunia.

Tanpa mengira situasi yang mana satu sekalipun yang anda hadapi, ia pasti memerlukan ilmu dan pengetahuan yang sebaiknya bagi memastikan urusan ini dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan menyentuh kedua-dua senario yang telah dinyatakan tadi. Jom baca.

Harta Pusaka

Sebelum kita menyentuh lebih lanjut mengenai cara pembahagian harta pusaka adik beradik, adalah baik juga untuk kita memahami dengan sebenar-benarnya apa itu harta pusaka dan apa yang termasuk di dalam harta pusaka.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor, harta pusaka merujuk kepada segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan kepada waris-waris sah samada dalam bentuk harta, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Namun, yang menjadi persoalan seterusnya pula adalah apa yang dikategorikan sebagai harta pusaka dan apa yang bukan.

Termasuk sebagai harta pusaka:

  • Segala harta si mati yang diperolehinya secara halal semasa hayatnya
  • Segala bentuk sewaan yang belum dijelaskan kepada si mati
  • Hutang daripada sesiapa yang dijelaskan kepada si mati selepas kematian
  • Faedah atau dividen daripada harta si mati
  • Simpanan KWSP si mati samada ia mempunyai penama atau tanpa penama
  • Penama Takaful
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang individu hasil daripada usahanya sewaktu hidup

Tidak termasuk sebagai harta pusaka:

  • Harta yang telah dijual, dihibah, diwakaf atau dipegang amanah oleh si mati
  • Khairat kematian
  • Hasil pemberian daripada mereka yang datang untuk menziarahi kematian si mati
  • Sebarang bentuk pampasan, imbuhan dan juga sagu hati
  • Pencen terbitan
  • Bayaran-bayaran yang diterima di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik Suami Apabila Suami Mati

Antara isu yang paling berat dan kerap berlaku adalah apabila berlakunya kematian kepada suami. Suami pula mempunyai adik beradik. Jadi, persoalannya disini adalah, adakah adik beradik suami mempunyai hak ke atas harta arwah suami?

Ramai di antara kita bahawa adik beradik akan mempunyai hak ke atas harta pusaka. Sebenarnya, hak ini akan terhalang sekiranya suami tadi masih mempunyai anak lelaki, ibu atau bapa.

Senario yang biasanya berlaku disebabkan oleh tidak ramai yang celik akan bab pembahagian harta pusaka dan juga faraid ini, masing-masing menunding jari, menyalahkan dan menuduh satu sama lain.

“Keluarga dan adik beradik arwah suami tamak harta dan tak kesian isteri yang ditinggalkan!”

“Isteri tamak harta. Adik beradik pun ada hak.”

Biasa lihat dan dengar kan?

Di dalam kes ini, isteri dan ibu si suami mempunyai bahagian faraid masing-masing iaitu ⅛ untuk isteri manakala ⅙ untuk ibu.

Anak lelaki pula akan termasuk dalam kategori asobah binafsih yang mana anak lelaki ini dikira akan mendapat segala baki harta selepas dibahagikan kepada isteri dan juga ibu.

Dalam kes ini, adik beradik suami tiada hak ke atas harta pusaka melainkan jika pasangan suami dan isteri tersebut tidak mempunyai waris atau hanya mempunyai anak perempuan sahaja.

Jika begini situasinya, barulah adik beradik suami ada bahagian mereka untuk harta pusaka tersebut secara faraid.

Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik Suami Apabila Ayah Mati

Bagi kes ini, perlulah mengikut cara pembahagian harta pusaka yang telah dipersetujui samada secara:

  • Faraid
  • Muafakat

a. Faraid

Jika diambil dari sudut istilah syarak, faraid membawa maksud pembahagian harta seorang yang beragama Islam yang telah meninggal dunia samada meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

Terdapat waris-waris yang berada di dalam kategori waris sah untuk harta-harta tersebut iaitu:

  • Anak
  • Isteri
  • Suami
  • Ibu
  • Dan lain-lain

Kebiasaannya, apa yang menjadi persoalan ramai adalah berapa jumlah harta yang sebenarnya perlu dibahagikan? Jumlah ini merupakan jumlah bersih yang tinggal selepas ditolak segala urusan seperti:

  • Pengurusan jenazah
  • Hutang samada dalam bentuk zakar, nazar atau wasiat yang dibenarkan oleh syarak

Apapun, bentuk wasiat yang dibenarkan oleh syarak adalah wasiat yang tidak melebihi ⅓ daripada jumlah harta. Jenis dan bentuk harta yang boleh melalui pembahagian harta secara faraid adalah:

  • Tanah
  • Bangunan (rumah)
  • Segala jenis barang kemas
  • Semua bentuk insurans dan wang tunai samada ia dilaburkan atau sebaliknya
  • Binatang-binatang ternakan yang ada seperti kambing, lembu, unta dan kerbau

b. Muafakat

Kaedah pembahagian harta secara muafakat ini sebenarnya agak jarang untuk kita dengar di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan kes sukar untuk para waris mencapai persetujuan menerusi kaedah ini.

Kaedah muafakat ini juga dikenali sebagai kaedah takharruj. Dalil untuk kaedah ini ada dinyatakan di dalam Surah al-Nisa’ ayat 128 yang bermaksud,

“Maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik.”

Takharruj atau muafakat ini merupakan kaedah melepaskan hak faraid secara sebahagian atau sepenuhnya. Ada beberapa syarat utama yang wajib dipenuhi terlebih dahulu.

Antara syarat utama bagi membolehkan kaedah ini diguna pakai adalah kesemua waris perlu tahu berapa jumlah dan bahagian faraid yang sebenar sebelum melepaskan hak mereka.

“Bagaimana jika ada waris yang tak seuju?”

Jika situasi sebegini berlaku, ia perlulah kembali kepada kaedah asal iaitu pembahagian secara faraid.

Baca Juga: Cara dan Kaedah Pembahagian Harta Pusaka

Kesimpulan Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik

Sekian sahaja perkongsian untuk pembahagian harta pusaka adik beradik. Apa yang dikongsikan ini hanyalah secara umum sahaja. Adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan khidmat pakar untuk menguruskan hal-hal berkaitan harta pusaka ini.

Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat untuk anda.

Bantuan Pengurusan & Pentadbiran Harta Pusaka

Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik

Klik butang di bawah jika anda ada masalah tentang pembahagian harta pusaka & perlukan khidmat nasihat daripada perunding pusaka & peguam pusaka kami.

1 thought on “Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik”

  1. Pingback: Pengurusan Harta Pusaka - Soalan-Soalan Lazim - Solusi Kini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *