Pengurusan Harta Pusaka (Surat Kuasa Mentadbir)
Proses pengurusan Harta Pusaka hanya dapat dilakukan oleh waris dengan adanya dokumen rasmi iaitu:
"Surat Kuasa Mentadbir"
Tanpa surat kuasa mentadbir, harta yang ditinggalkan simati tidak boleh diproses untuk tujuan tuntutan, pembahagian & dipindah milik. Surat kuasa mentadbir juga dikenali sebagai “Letter of Administration (LA)” merupakan dokumen rasmi yang perlu ada bagi melantik pentadbir harta pusaka untuk menguruskan harta pusaka si mati.
Surat kuasa mentadbir ini boleh dimohon oleh waris di Mahkamah Tinggi, Unit Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad mengikut situasi, jenis dan nilai harta pusaka.
Prosedur Permohonan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
Jika anda seorang yang mahir dalam selok belok perundangan, anda boleh memohon surat kuasa mentadbir ini sendiri. Tetapi jika tidak, anda dinasihatkan untuk memohon khidmat peguam bagi membantu kelancaran proses permohonan surat kuasa mentadbir.
Proses permohonan surat kuasa mentadbir boleh mengambil masa lebih kurang 4-12 bulan mengikut jenis harta pusaka peninggalan arwah.
Senarai Waris yang layak memohon Surat Kuasa Mentadbir
- Suami / Isteri, Ayah & Ibu, Anak (Lelaki & Perempuan)
- Penerima Wasiat, Pemberi Hutang, Pemegang Amanah, Penerima Amanah & Pemegang Surat Kuasa Wakil
- Lain-lain: Pembeli, Pemegang Gadaian Baitulmal, Penghulu, Pegawai Penempatan, Amanah Raya Berhad
Tidak semua waris perlu hadir untuk permohonan, hanya pemohon sahaja.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir
- Salinan sijil kematian si mati
- Salinan dokumen kad pengenalan si mati
- Salinan sijil perkahwinan / daftar perkahwinan si mati
- Salinan kad pengenalan & sijil lahir waris
- Salinan geran lengkap berserta pelan tapak (bagi harta tidak alih yang dituntut) atau
- Salinan surat perjanjian jual beli harta atau daftar pegangan (harta tidak alih yang tidak ada geran)
- Salinan bil / resit cukai pintu
- Salinan penyata hutang si mati (jika ada)
- Salinan dokumen yang terkini berkaitan pemilikan harta alih simati: akaun simpanan, sijil saham, insurans, geran kenderaan dan dokumen yang berkaitan.
Tempat Permohanan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Dibuat
Mahkamah Tinggi
- Harta Pusaka Besar.
- Jumlah keseluruhan harta pusaka bernilai lebih dari RM2 Juta.
- Harta pusaka terdiri dari Harta Tak Alih / Harta Alih / Harta Tak Alih dan Harta Alih.
Unit Pusaka Kecil-JKPTG
- Harta Pusaka Kecil.
- Jumlah keseluruhan harta pusaka bernilai kurang dari RM2 Juta.
- Harta pusaka WAJIB terdiri dari Harta Tak Alih / Harta Tak Alih dan Harta Alih.
- Tiada wasiat
Amanah Raya Berhad
- Harta Pusaka Ringkas.
- Jumlah keseluruhan harta pusaka bernilai RM600,000.00 dan ke bawah.
- Harta pusaka terdiri dari Harta Alih sahaja.
MASALAH YANG SERING DIHADAPI BERKENAAN PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR
Secara asasnya, pengurusan harta pusaka tidaklah begitu sukar jika mempunyai dokumen yang lengkap dan kesemua waris memberi kerjasama.
Namun begitu terdapat beberapa situasi dimana proses pengurusan harta pusaka ini menjadi begitu rumit & sukar seperti:
- Tidak tahu harta-harta (nilai & jenis) yang dimiliki si mati
- Ada waris simati yang tidak boleh di kesan
- Ada waris si mati yang tidak mahu memberi kerjasama
- Tidak ada persetujuan di antara waris untuk lantik pentadbir
- Ada waris tidak bersetuju & pertikaikan tentang pembahagian
- Tidak tahu prosedur untuk membuat permohonan untuk mengurus harta pusaka
- Ada pihak tidak dikenali menuntut harta simati / mengaku sebagai waris simati
- Terlalu ramai waris berlapis-lapis dan sukar untuk di kesan
- Pentadbir meninggal dunia sebelum urusan harta simati sempat diurus tadbir
Adakah anda sedang mengalami kesulitan membuat Permohonan Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka seperti di atas?
Masalah berkenaan proses permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka memang sesuatu memeningkan bila melibatkan ramai waris yang berlapis-lapis, waris tidak memberi kerjasama atau pentadbir meninggal dunia sebelum urusan harta simati selesai diurustadbir.
Masalah ini menyebabkan permohonan surat kuasa mentadbir serta tuntutan harta pusaka tidak selesai & berlarutan sehingga bertahun-tahun.
Mahukah kami bantu anda menyelesaikan masalah permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka keluarga anda?
Bantuan Pengurusan & Pentadbiran Harta Pusaka
Di SolusiKini, kami bersama rakan usahasama HSKEE LAW FIRM yang terdiri daripada barisan Peguam Yang Pakar Serta Berpengalaman Sejak 2008 Dalam Pentadbiran & Pengurusan Harta Pusaka telah membantu ramai klien kami yang mempunyai masalah rumit berkaitan permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka mereka.
HSKEE LAW FIRM RAKAN USAHASAMA SOLUSIKINI
Apa Yang Kami Boleh Bantu Dalam Menguruskan Permohonan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka Anda
- Kenalpasti harta serta asset dan liabiliti si mati yang boleh diwarisi.
- Kenalpasti waris serta orang yang mempunyai hak ke atas harta si mati.
- Memohon sijil faraid daripada mahkamah syariah (jika perlu)
- Memohon dan mendapat Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka keluarga anda.
- Mentadbir & menguruskan harta pusaka sehingga selesai pembahagian.
Klik tab di bawah untuk membaca kajian kes (case study) klien yang pernah mengalami masalah berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka serta penyelesaian terhadap setiap masalah tersebut.
Fakta Kes:
Seorang bapa saudara berhasrat untuk memberi hakmilik sebuah hartanah kepada 3 orang anak buahnya, Ifzan, Aidil dan Shariski yang mana pada masa itu mereka semua adalah di bawah umur (minor).
Satu surat ikatan Amanah telah dibuat oleh beliau (Pemegang Amanah) untuk memegang hartanah tersebut atas amanah dan pemegang hakmilik untuk ketiga-tiga anak buahnya itu (benefisiari).
Beliau telah mengisytiharkan diri sebagai pemegang Amanah tunggal dan tidak menamakan atau menyatakan tentang perlantikan pemegang Amanah yang baharu selepas kematian beliau.
Kematian beliau telah menyebabkan hartanah yang dipegang tersebut tidak boleh dilakukan apa apa ke atasnya sebarang langkah perlaksanaan (execution) untuk selama kira-kira 10 tahun.
Ifzan, atas nasihat dan melalui peguamcaranya, Tetuan Hifdzi Salmiah Kee Hanisah & Co. telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil untuk melantik diri sebagai pemegang amanah yang baharu untuk melaksanakan Amanah tersebut dan supaya hartanah itu dapat diletakkan kepada dirinya dan juga benefisiari yang lain. Segala kertas-kertas kausa dan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut telah disediakan oleh pihak peguam.
Persetujuan daripada dua orang benefisiari lain juga telah diperoleh untuk melantik Ifzan sebagai Pemegang Amanah yang baharu melalui perjanjian “Deed of Trust” yang telah dimasuki dan ditandatangani oleh mereka. Tambahan lagi, Ifzan ialah salah seorang benefisiari kepada hakmilik hartanah tersebut mengikut surat ikatan amanah yang terdahulu, justeru dia jelas mempunyai kepentingan and berhak (absolutely entitled) kepada hartanah tersebut.
Keputusan:
Mahkamah telah mengeluarkan satu perintah untuk melantik Ifzan sebagai Pemegang Amanah yang baharu untuk Amanah yang telah diwujudkan oleh arwah bapa saudaranya.
Ifzan juga diberi kuasa untuk melantik Pemegang Amanah yang lain jika perlu dan dia bebas untuk
memohon kepada Mahkamah untuk satu perintah atau arahan yang berkaitan dengan pelaksanaan
Amanah tersebut.
Mahkamah turut memberi suatu perintah perletakhakan (Vesting Order) bagi hartanah tersebut kepada Ifzan sebagai Pemegang Amanah.
1. Puan Zuraina merupakan pemilik terkini bagi sebuah hartanah yang telah dibeli oleh beliau daripada seorang Individu A. Individu A tersebut telahpun mengusahakan dan menguruskan hartanah tersebut selama hampir 20 tahun.
2. Individu A telah membeli hartanah tersebut daripada Individu B namun sebenarnya, hartanah tersebut masih lagi di bawah nama seorang Individu D sepertimana yang tertera di dalam geran hartanah tersebut.
3. Individu D telahpun meninggal dunia dan Individu C, seorang waris, telah dilantik sebagai Representative kepada Individu C. Belum sempat sebarang proses pertukaran nama atas geran dibuat, Individu C meninggal dan hartanah tersebut diuruskan kepada warisnya, Individu B.
4. Setelah itu, berlakulah urusan jual beli antara Individu B dan Individu A danseterusnya antara Individu A kepada Puan Zuraina. Namun, sepanjang kesemua transaksi tersebut, nama yang tertera di atas geran masih lagi tertera nama Individu D sebagai pemilik dan Individu C sebagai Representative.
Sebagai usaha untuk membetulkan keadaan yang dihadapai oleh Puan Zuraina, pihak kami telah membuat permohonan untuk suatu perintah perletakhakkan dan juga beberapa deklarasi seperti:
- Deklarasi Individu C adalah Representative kepada pemilik asal,
Individu D; - Deklarasi bahawa Individu B adalah waris kepada Individu C;
- Deklarasi bahawa transaksi jual beli hartanah antara Individu B dan
Individu A adalah sah dan mengikat waris-waris Individu B; dan - Deklarasi bahawa transaksi jual beli hartanah antara Individu A dan
Puan Zuraina adalah sah dan mengikat waris-waris Individu B dan
Individu C.
- Deklarasi Individu C adalah Representative kepada pemilik asal,
6. Kes ini juga menarik kerana terdapat isu berkaitan ejaan nama yang berbeza- beza bagi Individu C, walaupun pada hakikatnya merujuk kepada orang yang sama. Dalam kes ini, Individu C mempunyai beberapa ejaan nama yang berbeza di beberapa dokumen yang berlainan sekaligus menyukarkan proses identifikasi untuk dilakukan.
7. Perkara ini dapat diselesaikan menerusi suatu akuan berkanun daripada waris Individu B dan C, yang menyatakan nama-nama berlainan ejaan tersebut merujuk kepada orang yang sama berdasarkan bukti-bukti yang diberikan dan suatu deklarasi daripada mahkamah berjaya diperoleh bahawa nama-nama yang berlainan ejaan tersebut adalah merujuk kepada individu yang sama.
Fakta Kes:
- Kes telah berlanjutan semenjak surat kuasa mentadbir diperoleh pada sekitar tahun 1980an apabila Surat Kuasa Mentadbir kali pertama diperolehi.
- Anakguam sebagai waris mengalami kesulitan apabila harta-harta pusaka yang belum selesai diturunmilik kepada waris-waris apabila Pentadbir bagi urusan pusaka simati telah meninggal sebelum urusan harta simati selasai diurustadbir.
- Keadaan semakin sulit apabila melibatkan waris berlapis , akibat daripada kematian-kematian di antara waris-waris lapisan pertama, lapisan kedua, lapisan ketiga, dan lapisan ke-empat. Keadaan ini semakin sulit apabila terdapat dikalangan waris yang berpoligami dan meninggalkan waris berlapis.
- Ke semua waris berlapis ini adalah berjumlah 83 orang. Pada awalnya terdapat persengketaan di antara waris-waris, namun keadaan tersebut telah dijernihkan.
- Suatu tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Sivil telah dimulakan dikenali sebagai “De Non Bonis” prosiding bagi melantik pentadbir yang baru bagi menyelesaikan pengurusan harta pusaka simati pada sekitar 2019.
- Suatu tindakan di Mahkamah Tinggi Syariah juga telah dibuat oleh anakguam, dimana pihak peguam telah Menyusun atur kertas kausa dan dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan oleh Mahkamah. Tindakan di Mahkamah Syariah hanyalah semata-mata bagi mendapatkan sijil faraid memandangkan melibatkan waris berlapis, dimana Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam menentukan siapakah waris-waris yang berhak semasa prosiding De Non Bonis tersebut.
- Sijil Faraid di Mahkamah Tinggi Shariah dan juga Surat Kuasa Mendabir lanjutan, daripada Mahkamah Tinggi Sivil telah selesai pada sekitar 2021.
- Kes mengambil masa yang lama akibat daripada proses mengumpul waris-waris, berserta dokumen-dokumen sokongan seperti sijil kematian waris berlapis, sijil beranak waris berlapis, dan juga sijil kematian waris berlapis yang diperlukan bagi rujukan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Maklumbalas Klien Kami
Klik butang whatsapp atau scan qr code di bawah jika anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka & perlukan bantuan. Pegawai perunding pusaka kami akan membantu anda.
Klik butang whatsapp di bawah jika anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka. Pegawai perunding pusaka kami akan membantu anda.
Kami bantu anda selesaikan masalah permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka keluarga anda
Isi borang di bawah dan team SolusiKini akan hubungi anda semula untuk atur tarikh & masa konsultasi bersama rakan usahasama peguam harta pusaka kami di pejabat HSKEE LAW FIRM di Vista Alam, Sekyen 14 Shah Alam atau Secara Online Melalui Aplikasi Zoom.
Konsultasi ini adalah selama 30 minit & berharga RM500 100% PERCUMA!