Ramai yang tahu mengenai LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), namun masih ramai yang belum memberikan perhatian penuh akan syarat kelayakan LPPSA ini.
Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kelayakan LPPSA ini, apa kata kita fahamkan dulu apa sebenarnya LPPSA dan informasi-informasi lain yang berkaitan dengannya.
Mengenai LPPSA
Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dan telah ditubuhkan sejak dari tahun 2016 lagi. Kiranya dah hampir 6-7 tahun ia wujud di Malaysia.
Sebagai sebuah badan berkanun yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pembiayaan perumahan bagi mereka yang berada di dalam sektor dan perkhidmatan awam, ramai yang telah mendapat manfaat daripadanya.
Dalam bahasa yang lebih mudah, ia merupakan sebuah bentuk pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan. Ia disediakan khas bagi memastikan kakitangan kerajaan mampu untuk memiliki rumah mereka sendiri.
Berdasarkan statistik yang kami terima, hampir 40,000 permohonan telah diluluskan oleh LPPSA. Selain itu, ia juga mempunyai kadar penolakan atau rejection yang sangat rendah.
Kelayakan LPPSA
Walaupun begitu, masih ramai sebenarnya kakitangan kerajaan yang tidak sedar akan kemudahan dan pinjaman perumahan daripada LPPSA ini. Mungkin mereka pernah dengar akan LPPSA.
Namun, mereka merasakan ia bukanlah sesuatu yang khas buat mereka dan berkemungkinan besar juga mereka merasakan sukar untuk mereka memenuhi kelayakan LPPSA ini.
Syarat Kelayakan LPPSA
Sebagai pemohon, ada beberapa syarat wajib yang anda perlu penuhi sebagai syarat kelayakan LPPSA. Yang pertama, anda haruslah merupakan penjawat awam samada:
- Anggota pentadbiran persekutuan
- Anggota pentadbiran negeri
- Ahli parlimen
- Ahli dewan undangan negeri
- Hakim
- Badan-badan berkanun
- Anggota perkhidmatan awam
- Pihak berkuasa tempatan
- Anggota polis
- Anggota tentera
- Kerajaan negeri
Jika anda merupakan salah satu daripada yang dinyatakan, anda perlu memenuhi kriteria kelayakan LPPSA yang seterusnya pula iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
- Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
- Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
- Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
- Bukan seorang yang:
- Bankrap
- Terlalu banyak berhutang
- Pemakan gaji tidak berkemampuan
- Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
- Masih bekerja secara kontrak
Jelas dengan syarat kelayakan LPPSA tersebut? Jom baca apa pula manfaat LPPSA ini terhadap penjawat awam.
Manfaat LPPSA
Sebenarnya LPPSA ini sangat-sangat menguntungkan buat para penjawat awam. Hal ini kerana selain daripada syarat kelayakan LPPSA yang rendah, banyak juga manfaat yang anda boleh peroleh daripadanya.
Di dalam jadual di bawah ada dikongsikan mengenai beberapa manfaat LPPSA yang anda perlu tahu dan dapatkan:
Nak tahu apa yang lebih menarik? Bagi sebarang rumah bertanah, pengiraan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100 peratus dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.
Manfaat tersebut adalah daripada Garis Panduan LPPSA sendiri. Sangat berbeza dengan bentuk pinjaman perumahan yang lain di mana untuk setiap progress, anda sudah perlu melakukan bayaran secara berperingkat.
Jumlah pembiayaan |
|
Kadar faedah |
|
Bilangan pembiayaan |
|
Ansuran bulanan |
|
Tempoh pinjaman |
|
Had umur |
|
Kelebihan faedah |
|
Kesimpulan
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai kelayakan LPPSA. Buat anda yang memenuhi syarat kelayakan ini, manfaatkanlah ia dengan sebaiknya. Hal ini kerana banyak sebenarnya bentuk kemudahan yang diberikan oleh kerajaan terutamanya kepada penjawat awam.
Semoga perkongsian kali ini memberikan banyak manfaat untuk anda.
Baca Juga : Peranan dan Skop Tugas Peguam LPPSA
Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA
Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.
Pingback: LPPSA - Perlindungan Insurans MRTT, MRTA & LTHO