LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), merupakan sebuah bentuk pembiayaan atau pinjaman perumahan khas untuk para penjawat awam.
Banyak manfaat yang diberikan oleh LPPA ini sebenarnya. Namun, tidak ramai penjawat awam yang sedar akan kewujudan dan kelebihan LPPA ini bagi membantu mereka dalam memiliki rumah sendiri.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda mengenai skop, jenis dan juga syarat pembiayaan LPPSA. Jom baca!
Skop LPPSA
Siapa sebenarnya yang layak untuk mendapatkan pembiayaan atau pinjaman dariapda LPPSA ini? Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh pihak LPPSA sendiri, berikut adalah mereka yang termasuk di dalam kategori layak memohon:
- Anggota pentadbiran persekutuan
- Anggota pentadbiran negeri
- Ahli parlimen
- Ahli dewan undangan negeri
- Hakim
- Badan-badan berkanun
- Anggota perkhidmatan awam
- Pihak berkuasa tempatan
- Anggota polis
- Anggota tentera
- Kerajaan negeri
Dari segi manfaat yang bakal diterima juga sangat-sangat besar dan menarik. Hal ini sekaligus membuatkan mereka yang sedar akan kewujudan LPPSA berusaha sehabis baik bagi memastikan permohonan mereka diluluskan.
Antara manfaat pembiayaan yang diberikan adalah seperti berikut:
Jumlah pembiayaan |
|
Kadar faedah |
|
Bilangan pembiayaan |
|
Ansuran bulanan |
|
Tempoh pinjaman |
|
Had umur |
|
Kelebihan faedah |
|
Jenis Pinjaman Disediakan oleh LPPSA
Seterusnya kita akan melihat pula kepada jenis-jenis pinjaman yang disediakan oleh pihak LPPSA kepada mereka yang layak untuk memohon. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA ini.
Salah satunya adalah, pada setiap tahun lebih daripada 40,000 permohonan telah diluluskan. Jika dilihat daripada statistik yang diberikan tersebut, jumlahnya sangat ramai.
Ditambah pula dengan statistik seterusnya iaitu kadar penolakan atau rejection adalah sangat-sangat rendah. Jadi, jelaslah disini bahawa sekiranya anda memenuhi kriteria yang ditetapkan, sangat mudah untuk anda mendapat pinjaman ini.
Berbalik kepada jenis pinjaman yang ditawarkan. Terdapat 7 jenis pinjaman yang ditawarkan oleh LPPSA kepada penjawat awam seperti berikut:
- Jenis I – Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.
- Jenis II – Membina rumah di atas tanah sendiri.
- Jenis III –Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.
- Jenis IV –Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.
- Jenis V –Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan.
- Jenis VI – Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA.
- Jenis VII – Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman.
Syarat Pembiayaan LPPSA
Selain daripada perlu memenuhi syarat utama iaitu pemohon perlulah merupakan penjawat awam, ada beberapa lagi kriteria lain yang perlu mereka penuhi.
Antaranya adalah seperti apa yang dikongsikan di bawah ini:
- Warganegara Malaysia.
- Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
- Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
- Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
- Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
- Bukan seorang yang:
- Bankrap
- Terlalu banyak berhutang
- Pemakan gaji tidak berkemampuan
- Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
- Masih bekerja secara kontrak
Kesimpulan
Berdasarkan apa yang kami kongsikan tadi, jelaslah bahawa pembiayaan atau pinjaman daripada LPPSA ini sebenarnya sangat menguntungkan bagi penjawat awam.
Jadi, sebagai penjawat awam, janganlah lepaskan peluang yang berharga seperti ini. Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!
Baca Juga : LPPSA – Perlindungan Insurans MRTT, MRTA & LTHO
Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA
Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.