Pembahagian Faraid Harta Pusaka Ibu Ayah Meninggal

sesi khidmat nasihat peguam harta pusaka

Pembahagian Faraid Harta Pusaka Ibu Ayah Meninggal

Pembahagian faraid merupakan salah satu daripada ilmu yang paling perlu untuk diketahui oleh mereka yang bergelar Muslim. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak isu yang timbul yang melibatkan pembahagian harta pusaka.

Hal ini kerana kurangnya ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai pembahagian faraid. Kesannya, timbul pergaduhan dan perpecahan di antara ahli keluarga.

Masing-masing berasa tidak adil terutamanya apabila ketamakan menguasai diri. Si mati yang meninggalkan harta juga tidak terlepas dari dibenci kerana waris merasakan si mati seolah-olah tidak berlaku adil di dalam pembahagian hartanya.

Pembahagian Faraid

Sumber: MyGOV

Berdasarkan hukum syarak, faraid merupakan kaedah pembahagian harta pusaka apabila seseorang Muslim telah meninggal dunia. Maksud faraid menurut bahasa adalah ketetapan.

Dari sudut istilah syarak, faraid membawa maksud pembahagian harta seorang yang beragama Islam yang telah meninggal dunia samada meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

Harta tersebut akan dibahagikan kepada waris-waris sah seperti:

  • Anak
  • Isteri
  • Suami
  • Ibu
  • Dan lain-lain

Apa yang sentiasa menjadi persoalan dan menimbulkan kekeliruan adalah berapa sebenarnya jumlah harta yang perlu dibahagikan kepada waris-waris sah. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan jumlah bersih selepas ditolak perkara-perkara berikut:

  • Kos pengurusan jenazah
  • Hutang si mati samada dalam bentuk zakat atau nazar
  • Wasiat yang dibenarkan oleh syarak

Wasiat Yang Dibenarkan Oleh Syarak

Bentuk wasiat yang dibenarkan oleh syarak adalah sebarang wasiat yang tidak melebihi ⅓ daripada jumlah harta yang telah ditinggalkan oleh si mati. Antara bentuk dan juga jenis harta yang boleh melalui pembahagian faraid adalah seperti berikut:

  • Tanah, kebun, ladang dan lain-lain
  • Bangunan (rumah)
  • Segala bentuk barang kemas yang dimiliki
  • Segala bentuk insurans dan wang tunai yang dimiliki samada ia telah dilaburkan atau sebaliknya
  • Binatang-binatang ternakan yang dimiliki seperti lembu, kambing, kerbau dan juga unta

Penting untuk para waris memahami jenis dan bentuk harta yang boleh dibahagikan menerusi kaedah faraid. Hal ini adalah untuk memastikan tidak timbul isu dan juga prasangka terhadap si mati dan juga waris-waris yang lain.

Harta Pusaka

Sebelum kita teruskan dengan contoh pembahagian faraid apabila ibu atau ayah meninggal dunia, penting untuk kita semua faham dahulu apa yang dimaksudkan dengan harta pusaka.

Harta pusaka merujuk kepada segala harta atau kepunyaan si mati di masa hidupnya yang kemudiannya ditinggalkan kepada waris-waris sah. Harta dan kepunyaan ini boleh jadi dalam bentuk harta, hak dan apa sahaja yang merupakan miliknya.

Apa pula yang termasuk dalam kategori harta pusaka dan juga bukan harta pusaka?

Termasuk dalam kategori harta pusaka:

  • Segala harta si mati yang diperolehinya secara halal semasa hayatnya
  • Segala bentuk sewaan yang belum dijelaskan kepada si mati
  • Hutang daripada sesiapa yang dijelaskan kepada si mati selepas kematian
  • Faedah atau dividen daripada harta si mati
  • Simpanan KWSP si mati samada ia mempunyai penama atau tanpa penama
  • Penama Takaful
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang individu hasil daripada usahanya sewaktu hidup

Tidak termasuk dalam kategori harta pusaka:

  • Harta yang telah dijual, dihibah, diwakaf atau dipegang amanah oleh si mati
  • Khairat kematian
  • Hasil pemberian daripada mereka yang datang untuk menziarahi kematian si mati
  • Sebarang bentuk pampasan, imbuhan dan juga sagu hati
  • Pencen terbitan
  • Bayaran-bayaran yang diterima di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

Pembahagian Faraid Harta Pusaka Ayah Meninggal

Dalam bahagian ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai beberapa contoh pembahagian faraid apabila si ayah atau suami telah meninggal dunia. Bagaimana cara pembahagiannya? Jom baca.

Situasi 1

Si ayah atau suami meninggalkan seorang (1) isteri, seorang (1) bapa, seorang (1) ibu dan dua (2) orang anak lelaki dan tiga (3) orang anak perempuan. Kaedah pembahagian faraid perlu dikira bahagian awal terlebih dahulu iaitu:

Bapa =
Ibu =
Isteri =

Jadi, apabila kita samakan bahagian bawah pecahan tersebut, kita akan mendapat 24.

Bapa = 4/24
Ibu = 4/24
Isteri = 3/24

Kesimpulan pertama dalam situasi ini adalah harta si mati ada sebanyak 24 bahagian. Katakanlah jumlah harta tersebut adalah RM500,000. Jadi, satu (1) bahagian bersamaan RM 20,833.33.

Bapa = RM 20,833.33 x 4 = RM 83,333.33

Ibu = RM 20,833.33 x 4 = RM 83,333.33

Isteri = RM 20,833.33 x 3 = RM 62,500

Setelah diberikan kepada bapa, ibu dan isteri si mati, baki pula akan dibahagikan kepada anak-anak si mati. Jumlah keseluruhan baki adalah RM 270,833.33. Bahagian untuk setiap anak adalah seperti berikut:

Anak lelaki 1 = 2 Bahagian

Anak lelaki 2 = 2 Bahagian

Anak perempuan 1 = 1 Bahagian

Anak perempuan 2 = 1 Bahagian

Anak perempuan 3 = 1 Bahagian

Jumlah bahagian daripada baki ini adalah 7 bahagian. Jadi, baki tersebut akan menjadi RM 38,690.48 untuk 1 bahagian.

Setiap anak lelaki = RM 38,690.48 x 2 = RM 77,380.95

Setiap anak perempuan = RM 38,690.48 x 1 = RM 38,690.48 

Situasi 2

Si ayah atau suami meninggalkan seorang (1) isteri, seorang (1) ibu dan dua (2) orang anak lelaki dan seorang (1) anak perempuan.

Ibu =
Isteri =

Jadi, apabila kita samakan bahagian bawah pecahan tersebut menjadi 24,

Ibu = 4/24
Isteri = 3/24

Kesimpulan pertama dalam situasi ini adalah harta si mati ada sebanyak 24 bahagian. Katakanlah jumlah harta tersebut adalah RM500,000. Jadi, satu (1) bahagian bersamaan RM 20,833.33.

Ibu = RM 20,833.33 x 4 = RM 83,333.33

Isteri = RM 20,833.33 x 3 = RM 62,500

Baki harta pusaka pula bersamaan RM 354,167. Bahagian untuk anak-anak adalah seperti berikut:

Anak lelaki 1 = 2 Bahagian

Anak lelaki 2 = 2 Bahagian

Anak perempuan 1 = 1 Bahagian

Baki harta pusaka tadi akan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu sebanyak RM 70,833.40 untuk satu bahagian. Jadi, bahagian setiap anak adalah seperti berikut:

Setiap anak lelaki = RM 141,666.80

Anak perempuan = RM 70,833.40

Situasi yang diberikan adalah contoh situasi yang mudah. Sebenarnya urusan pengiraan harta pusaka menggunakan pembahagian faraid adalah lebih kompleks. Apapun, jom baca bagaimana pula kiraan jika ibu meninggal.

Pembahagian Faraid Harta Pusaka Ibu Meninggal

Dalam bahagian ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai beberapa contoh pembahagian faraid apabila si ibu atau isteri telah meninggal dunia. Bagaimana cara pembahagiannya? Jom baca.

Situasi 1

Si ibu atau isteri meninggalkan suami, seorang (1) bapa, seorang (1) ibu, dua (2) orang anak lelaki dan seorang (1) anak perempuan. Harta yang ditinggalkan adalah RM 1,000,000.

Bapa = ⅙ bersamaan RM 167,000

Ibu = ⅙ bersamaan RM 167,000

Suami = ¼ bersamaan RM 250,000

Baki daripada harta pusaka si isteri adalah sebanyak RM 416,000. Ia akan dibahagikan kepada 5 bahagian seperti berikut kepada anak-anak:

Anak lelaki 1 = 2 Bahagian

Anak lelaki 2 = 2 Bahagian

Anak perempuan 1 = 1 Bahagian

Jadi, setiap bahagian adalah sebanyak RM 83,200. Maka, setiap anak akan memperoleh bahagian seperti berikut:

Setiap anak lelaki = RM 83,200 x 2 = RM 166,400

Anak perempuan = RM 83,200 x 1 = RM 83,200

Situasi 2

Si ibu atau isteri meninggalkan suami, seorang (1) anak perempuan dan seorang (1) kakak. Kedua ibu dan bapa si isteri juga telah meninggal dunia.

Suami = ¼

Anak perempuan = ½

Kakak = Baki harta

Bahagian anak perempuan akan berbeza bergantung kepada struktur faraid yang berbeza. Jika keadaan tersebut tiada waris lelaki yang menjadi asobah iaitu anak lelaki, bapa atau datuk, maka adik beradik si mati akan menerima baki faraid tersebut.

Jika adik beradik si mati juga tiada, maka segala baki harta tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal.

Kesimpulan Pembahagian Faraid

Penting untuk anda faham dahulu berkenaan harta pusaka dan jenis harta yang boleh melalui pembahagian faraid. Hal ini adalah bagi memastikan tiada yang terkeliru, salah faham, iri hati atau pergaduhan berlaku.

Untuk pengiraan bahagian faraid pula, jika sukar untuk anda melakukan sendiri, lantiklah mereka yang pakar dalam bab pembahagian faraid ini untuk menguruskan pembahagian buat anda dan juga waris yang layak.

Jika tiada jalan penyelesaian berjaya disepakati, usahalah untuk melakukan pembahagian secara muafakat iaitu cara pembahagian harta pusaka selain dari pembahagian faraid.

Baca Juga : Cara & Kaedah Pembahagian Harta Pusaka 

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga anda mendapat banyak manfaat hasil perkongsian kali ini.

Bantuan Pengurusan & Pentadbiran Harta Pusaka

konsultasi peguam harta pusaka
Klik butang di bawah jika anda ada masalah tentang pembahagian harta pusaka & perlukan khidmat nasihat daripada perunding pusaka & peguam pusaka kami.

2 thoughts on “Pembahagian Faraid Harta Pusaka Ibu Ayah Meninggal”

  1. Assalamualaikum, jika sekiranya anak waris tlh meninggal dunia sblm ibubapanya dan arwah mempunya 2 org anak. Adakah anak2 atau cucu kpd arwah simati layak mendapat harta pusaka tersebut. Terima kasih.

  2. Tanah arwah ayah sya seluas lbih kurang 40kaki x 100kak dalai satu grt tanah dgn 8 pemilik d perak.status tanah trsebut ada lah grant kekal.ibu sya telah meningal dunia.hanya tingal saya seorang saja anak lelaki tungal dan sya tidak ada adik bradik dari kedua ibubapa saya.Adik bradik sebelah bapa saya pun telah meningal dunia termasuk la adik bradik sebelah ibu saya..Hasrat saya ialah menuntut harta tanah nama arwah ayah saya kepada nama saya.Adakah saya perlu mendapat surat kuasa pentadbir dahulu dpd bhg harta pusaka.Dan seterusnya memindahkan bahagian tanah arwah ayah saya kepada nama saya.Apa kah prose seterusnya dan ada kah wars wars lain dpd adik bradik sebelah ayah saya perlu membuat penolakan dalam akuan bersumpah utk bersetuju memindahkan status nama arwah ayah saya kid nama saya utk memilliki bhg tanah trsebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *