LPPSA – Perlindungan Insurans MRTT, MRTA & LTHO

LPPSA – Perlindungan Insurans MRTT, MRTA & LTHO

Buat penjawat awam yang sudah mula survey rumah dan ingin memohon pembiayaan LPPSA pasti anda sudah semakin biasa melihat perkataan seperti MRTT, MRTA dan juga LTHO kan?

Mungkin anda sendiri masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini.

Sebenarnya MRTT, MRTA dan juga LTHO ini merupakan salah satu daripada beberapa jenis insurans perlindungan nyawa yang sangat penting untuk pinjaman perumahan anda.

Sebab itulah anda tidak boleh mengambil mudah akan MRTT, MRTA dan juga LTHO ini. Nak tahu kenapa ia sangat penting? Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan lebih mendalam berkenaan ketiga-tiganya. Jom baca!

Apa sebenarnya MRTT, MRTA dan LTHO?

Untuk memudahkan pemahaman anda, kami akan berikan dahulu nama penuh setiap satunya:

MRTT : mortgage term reducing takaful

MRTA: mortgage term reducing assurance

LTHO: long term house owner

Bila sekali imbas, pasti anda akan merasakan seperti MRTT dan MRTA adalah perkara yang sama. Sebenarnya ia mempunyai perbezaan yang agak ketara. Jom baca lebih lannjut.

Apa itu MRTT?

Seperti anda sedia maklum, ia merupakan sebuah bentuk insurans hayat jangka pendek dan ia mengikuti sepenuhnya prinsip takaful kewangan Islam sekaligus menjadikan sebagai sebuah bentuk perlindungan Islamik.

Bentuk perlindungan yang diberikan adalah sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya secara kekal. Jumlah atau nilai yang dilindungi telah dierka untuk mengalami penyusutan mengikut jumlah nilai daripada baki untuk pinjaman perumahan anda yang semakin berkurang.

A. Adakah ia wajib?

Tidak semua pinjaman wajib mengambil MRTT Namun untuk pembiayaan LPPSA ianya adalah diwajibkan. Tujuannya adalah untuk melindungi jumlah pinjaman.

B. Berapa kos yang terlibat?

Setakat ini, belum ada lagi jumlah atau kos tetap bagi MRTT kerana kos polisi akan direka mengikut:

  • Risiko
  • Jumlah yang dilindungi
  • Tempoh perlindungan
  • Usia pemegang polisi

Jumlah premium yang perlu dibayar akan dibayar sekaligus dan dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan perumahan.

C. MRTT dan LPPSA

Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan di bawah LPPSA, anda tidak dibenarkan untuk mendapatkan produk MRTT daripada syarikat lain.

Berkuatkuasa pada 1 Mac 2020, manfaat MRTT yang ditawarkan di bawah LPPSA adalah seperti berikut:

  • Kematian
  • Kehilangan upaya secara kekal

Apa itu MRTA?

Ia merupakan sejenis insurans pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan akan menyusut. Semua ini adalah sesuai mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.

MRTA direka supaya jumlah yang anda bayar pada saat tuntutan mencukupi jumlah nilai pinjaman perumahan yang belum dijelaskan pada ketika itu. Sebab itulah ramai yang menasihatkan agar anda memasukkan tempoh dan nilai pinjaman perumahan dengan tepat.

A. Adakah ia wajib?

Tidak semua pinjaman wajib mengambil MRTA Namun untuk pembiayaan LPPSA ianya adalah diwajibkan. Tujuannya adalah untuk melindungi nilai pinjaman.

B. Berapa kos yang terlibat?

Kos yang terlibat bergantung kepada banyak faktor seperti:

  • Umur pemegang polisi
  • Nilai pinjaman perumahan
  • Jangka masa pinjaman perumahan

Sama seperti MRTT, jumlah premium yang perlu dibayar akan dibayar sekaligus dan dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan perumahan.

C. MRTA dan LPPSA

Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan di bawah LPPSA, anda tidak dibenarkan untuk mendapatkan produk MRTA daripada syarikat lain.

Berkuatkuasa pada 1 Mac 2020, manfaat MRTA yang ditawarkan di bawah LPPSA adalah seperti berikut:

  • Kematian
  • Kehilangan upaya secara kekal

Apa itu LTHO?

LTHO atau Pemilikan Rumah Jangka Panjang menawarkan tempoh perlindungan sepanjang tempoh pembiayaan dan jumlah perlindungan yang diberikan adalah berdasarkan Anggaran Bina Semula (ABS) atau nilai hartanah semasa pembiayaan diluluskan.

A. Manfaat ditawarkan

Berkuatkuasa pada 1 Mac 2020, manfaat LTHO yang ditawarkan di bawah LPPSA adalah seperti berikut:

  • Kebakaran
  • Kilat
  • Letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik

B. Perbezaan dengan Insurans/Takaful kebakaran

Tempoh perlindungan yang ditawarkan adalah selama satu tahun dan pelanggan perlu memperbaharui polisi mereka secara tahunan. Jumlah perlindungan pula adalah berdasarkan nilai hartanah semasa.

Kesimpulan

MRTT dan MRTA bergantung kepada pilihan anda samada anda ingin mendapatkan perlindungan Islamik atau konvensional. Apapun, ia bergantung kepada pemberi pembiayaan atau pinjaman perumahan anda samada mereka mewajibkan ia atau sebaliknya.

LTHO pula adalah perlu bagi memastikan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, anda akan dilindungi. Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga ia memberi manfaat buat anda.

Baca Juga : Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA

Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA

Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *