Jenis Pinjaman LPPSA

Jenis Pinjaman LPPSA

Jenis Pinjaman LPPSA

Ramai sebenarnya penjawat awam yang berhasrat untuk memiliki rumah mereka sendiri. Namun, mereka belum jelas mengenai kewujudan LPPSA dan jenis pinjaman LPPSA yang boleh mereka dapatkan.

Kesannya, masih ramai penjawat awam yang struggle untuk memiliki kediaman mereka sendiri sekalipun mempunyai rekod yang agak baik dari segi kewangan. 

Mungkin masih ramai sebenarnya yang belum sedar akan kewujudan LPPSA dan apa manfaat yang ditawarkannya kepada penjawat awam.

Apa itu LPPSA?

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebelum ini lebih dikenali dengan nama Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Ia telah ditubuhkan secara rasminya sejak dari tahun 2016 lagi.

Lembaga ini bertanggungjawab untuk menguruskan pembiayaan perumahan untuk penjawat awam. Menariknya, LPPSA telah meluluskan lebih daripada 40,000 permohonan setakat ini.

Apa yang lebih menarik adalah, kadar penolakan atau rejection daripada LPPSA juga adalah sangat rendah. Sehingga ke hari ini juga, pihak LPPSA telah meluluskan sekitar RM9-10 billion setahun.

Sasaran mereka adalah untuk memberikan pembiayaan sehingga RM12 billion setahun kepada para penjawat awam. Jadi, peluang untuk lebih banyak permohonan untuk lulus juga meningkat.

Jenis Pinjaman LPPSA

Bagi jenis pinjaman LPPSA, terdapat tujuh jenis pinjaman berbeza yang ditawarkan. Jenis-jenis tersebut adalah seperti berikut:

Jenis 1

Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap.

Jenis 2

Membina rumah di atas tanah sendiri.

Jenis 3

Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.

Jenis 4

Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.

Jenis 5

Menyelesaikan hutang pinjaman bank atau institusi kewangan.

Jenis 6

Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli menerusi pinjaman kerajaan.

Jenis 7

Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman.

Senarai Semak Dokumen Permohonan Jenis Pinjaman LPPSA

Berikut disediakan pautan untuk anda memuat turun senarai semak bagi setiap jenis pinjaman yang telah ditawarkan oleh pihak LPPSA jika anda ingin melakukan permohonan secara manual. Klik untuk muat turun.

Senarai semak yang disediakan adalah senarai semak lengkap dari segi dokumen dan tindakan yang anda perlu lakukan. Senarai ini adalah daripada pihak LPPSA sendiri.

Syarat Kelayakan Untuk Sebarang Jenis Pinjaman LPPSA

Untuk memastikan anda layak mendapatkan mana-mana jenis pinjaman LPPSA, anda perlulah memenuhi segala syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Namun, syarat yang paling utama sesuai dengan namanya,anda haruslah merupakan penjawat awam samada:

  • Anggota pentadbiran persekutuan
  • Anggota pentadbiran negeri
  • Ahli parlimen
  • Ahli dewan undangan negeri
  • Hakim
  • Badan-badan berkanun
  • Anggota perkhidmatan awam
  • Pihak berkuasa tempatan
  • Anggota polis
  • Anggota tentera
  • Kerajaan negeri

Jika anda merupakan salah satu daripada penjawat awam yang dinyatakan, anda perlu memastikan diri anda memenuhi kriteria kelayakan LPPSA yang seterusnya pula iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  • Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  • Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.

Selain itu, anda juga harus memastikan bahawa anda bukan seorang yang:

  • Bankrap
  • Terlalu banyak berhutang
  • Pemakan gaji tidak berkemampuan
  • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
  • Masih bekerja secara kontrak

Baca lebih lanjut: Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA

Kesimpulan Jenis Pinjaman LPPSA

Jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan nyata mampu memudahkan urusan para penjawat awam yang berkelayakan untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

Ditambah pula dengan peratusan kelulusan yang tinggi dan peratusan penolakan (rejection) yang rendah, sebagai penjawat awam yang layak, anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini.

Bantuan Permohonan & Peguam LPPSA

Jenis Pinjaman LPPSA

Klik button di bawah jika anda ingin kami bantu mohonkan pembiayaan LPPSA secara percuma. Kami merupakan rakan partner kepada HSKEE Law Firm yang merupakan peguam berdaftar dengan LPPSA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *