Adakah anda sedang mengalami kesulitan membuat tuntutan harta pusaka?

Masalah berkenaan proses tuntutan harta pusaka memang sesuatu memeningkan terutamanya bila melibatkan ramai waris yang berlapis-lapis, waris tidak memberi kerjasama atau pentadbir meninggal dunia sebelum urusan harta simati selesai diurustadbir.

Masalah ini menyebabkan tuntutan harta pusaka tidak selesai & berlarutan sehingga bertahun-tahun.

Mahukah kami bimbing anda menyelesaikan masalah pentadbiran dan pengurusan harta pusaka keluarga anda?

 Jom dapatkan sesi khidmat nasihat & bimbingan (video call) bersama rakan Peguam Kami Yang Pakar Dalam Pentadbiran & Pengurusan Harta Pusaka. 

Kami bimbing anda selesaikan masalah tuntutan harta pusaka keluarga anda

Apakah itu Harta Pusaka?

Semua harta peninggalan si mati iaitu harta yang dimiliki oleh seseorang semasa hayatnya & berkekalan miliknya sehingga dia mati.

Definisi Umum Harta Pusaka

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

Harta si mati secara lazimnya terdiri daripada: Harta Alih iaitu wang tunai, barang kemas, kenderaan dsb; & Harta Tak Alih iaitu hartanah seperti rumah dan tanah.

Harta Pusaka si mati secara lazimnya tidak boleh diurusniagakan melainkan terdapat perintah daripada Mahkamah atau Pejabat Pusaka Kecil.

MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH RAMAI ORANG BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Masalah berkenaan tidak tahu cara & dimana tuntutan harta pusaka boleh dibuat bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. 

Hal ini kerana lazimnya kita tidak didedahkan berkenaan proses pentadbiran harta pusaka. Hanya selepas berlakunya kematian, barulah waris akan mencari cara untuk mentadbir & menuntut harta pusaka si mati.

Kurangnya pendedahan dan maklumat berkenaan pentadbiran harta pusaka serta ditambah pula dengan masalah-masalah seperti waris tidak memberi kerjasama atau tidak dapat dikesan menambah lagi kesulitan untuk membuat tuntutan. 

DI MANA TUNTUTAN PUSAKA DIBUAT?

MAHKAMAH TINGGI

UNIT PUSAKA KECIL-JKPTG

AMANAH RAYA BERHAD

Khidmat nasihat & bimbingan: Pentadbiran Dan Pengurusan Harta Pusaka secara atas talian (online consultation)

Di Solusi Kini, kami bersama rakan usahasama terdiri daripada Peguam Yang Pakar Dalam Pentadbiran Dan Pengurusan Harta Pusaka telah membantu ramai klien kami yang mempunyai masalah rumit berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka.

0
Berpengalaman Sejak
0
Bil Tuntutan Berjaya

Klik tab di bawah untuk membaca kajian kes (case study) klien yang pernah mengalami masalah berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka serta penyelesaian terhadap setiap masalah tersebut.

Fakta Kes:


Seorang bapa saudara berhasrat untuk memberi hakmilik sebuah hartanah kepada 3 orang anak
buahnya, Ifzan, Aidil dan Shariski yang mana pada masa itu mereka semua adalah di bawah umur (minor).

Satu surat ikatan Amanah telah dibuat oleh beliau (Pemegang Amanah) untuk memegang hartanah tersebut atas amanah dan pemegang hakmilik untuk ketiga-tiga anak buahnya itu (benefisiari).

Beliau telah mengisytiharkan diri sebagai pemegang Amanah tunggal dan tidak menamakan atau menyatakan tentang perlantikan pemegang Amanah yang baharu selepas kematian beliau.

Kematian beliau telah menyebabkan hartanah yang dipegang tersebut tidak boleh dilakukan apa apa ke atasnya sebarang langkah perlaksanaan (execution) untuk selama kira-kira 10 tahun.

Ifzan, atas nasihat dan melalui peguamcaranya, Tetuan Hifdzi Salmiah Kee Hanisah & Co. telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil untuk melantik diri sebagai pemegang amanah yang baharu untuk melaksanakan Amanah tersebut dan supaya hartanah itu dapat diletakkan kepada dirinya dan juga benefisiari yang lain. Segala kertas-kertas kausa dan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut telah disediakan oleh pihak peguam.

Persetujuan daripada dua orang benefisiari lain juga telah diperoleh untuk melantik Ifzan sebagai Pemegang Amanah yang baharu melalui perjanjian “Deed of Trust” yang telah dimasuki dan ditandatangani oleh mereka. Tambahan lagi, Ifzan ialah salah seorang benefisiari kepada hakmilik hartanah tersebut mengikut surat ikatan amanah yang terdahulu, justeru dia jelas mempunyai kepentingan and berhak (absolutely entitled) kepada hartanah tersebut.

Keputusan:


Mahkamah telah mengeluarkan satu perintah untuk melantik Ifzan sebagai Pemegang Amanah yang baharu untuk Amanah yang telah diwujudkan oleh arwah bapa saudaranya.

Ifzan juga diberi kuasa untuk melantik Pemegang Amanah yang lain jika perlu dan dia bebas untuk
memohon kepada Mahkamah untuk satu perintah atau arahan yang berkaitan dengan pelaksanaan
Amanah tersebut.

Mahkamah turut memberi suatu perintah perletakhakan (Vesting Order) bagi hartanah tersebut kepada Ifzan sebagai Pemegang Amanah.

1. Puan Zuraina merupakan pemilik terkini bagi sebuah hartanah yang telah dibeli oleh beliau daripada seorang Individu A. Individu A tersebut telahpun mengusahakan dan menguruskan hartanah tersebut selama hampir 20 tahun.

2. Individu A telah membeli hartanah tersebut daripada Individu B namun sebenarnya, hartanah tersebut masih lagi di bawah nama seorang Individu D sepertimana yang tertera di dalam geran hartanah tersebut.

3. Individu D telahpun meninggal dunia dan Individu C, seorang waris, telah dilantik sebagai Representative kepada Individu C. Belum sempat sebarang proses pertukaran nama atas geran dibuat, Individu C meninggal dan hartanah tersebut diuruskan kepada warisnya, Individu B.

4. Setelah itu, berlakulah urusan jual beli antara Individu B dan Individu A danseterusnya antara Individu A kepada Puan Zuraina. Namun, sepanjang kesemua transaksi tersebut, nama yang tertera di atas geran masih lagi tertera nama Individu D sebagai pemilik dan Individu C sebagai Representative.

Sebagai usaha untuk membetulkan keadaan yang dihadapai oleh Puan Zuraina, pihak kami telah membuat permohonan untuk suatu perintah perletakhakkan dan juga beberapa deklarasi seperti:

    • Deklarasi Individu C adalah Representative kepada pemilik asal,
      Individu D;
    • Deklarasi bahawa Individu B adalah waris kepada Individu C;
    • Deklarasi bahawa transaksi jual beli hartanah antara Individu B dan
      Individu A adalah sah dan mengikat waris-waris Individu B; dan
    • Deklarasi bahawa transaksi jual beli hartanah antara Individu A dan
      Puan Zuraina adalah sah dan mengikat waris-waris Individu B dan
      Individu C.

6. Kes ini juga menarik kerana terdapat isu berkaitan ejaan nama yang berbeza- beza bagi Individu C, walaupun pada hakikatnya merujuk kepada orang yang sama. Dalam kes ini, Individu C mempunyai beberapa ejaan nama yang berbeza di beberapa dokumen yang berlainan sekaligus menyukarkan proses identifikasi untuk dilakukan.

7. Perkara ini dapat diselesaikan menerusi suatu akuan berkanun daripada waris Individu B dan C, yang menyatakan nama-nama berlainan ejaan tersebut merujuk kepada orang yang sama berdasarkan bukti-bukti yang diberikan dan suatu deklarasi daripada mahkamah berjaya diperoleh bahawa nama-nama yang berlainan ejaan tersebut adalah merujuk kepada individu yang sama.

Fakta Kes:

  1. Kes telah berlanjutan semenjak surat kuasa mentadbir diperoleh pada sekitar tahun 1980an apabila Surat Kuasa Mentadbir kali pertama diperolehi.

  2. Anakguam sebagai waris mengalami kesulitan apabila harta-harta pusaka yang belum selesai diturunmilik kepada waris-waris apabila Pentadbir bagi urusan pusaka simati telah meninggal sebelum urusan harta simati selasai diurustadbir.

  3.  Keadaan semakin sulit apabila melibatkan waris berlapis , akibat daripada kematian-kematian di antara waris-waris lapisan pertama, lapisan kedua, lapisan ketiga, dan lapisan ke-empat. Keadaan ini semakin sulit apabila terdapat dikalangan waris yang berpoligami dan meninggalkan waris berlapis.

  4. Ke semua waris berlapis ini adalah berjumlah 83 orang. Pada awalnya terdapat persengketaan di antara waris-waris, namun keadaan tersebut telah dijernihkan.

  5. Suatu tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Sivil telah dimulakan dikenali sebagai “De Non Bonis” prosiding bagi melantik pentadbir yang baru bagi menyelesaikan pengurusan harta pusaka simati pada sekitar 2019.

  6. Suatu tindakan di Mahkamah Tinggi Syariah juga telah dibuat oleh anakguam, dimana pihak peguam telah Menyusun atur kertas kausa dan dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan oleh Mahkamah. Tindakan di Mahkamah Syariah hanyalah semata-mata bagi mendapatkan sijil faraid memandangkan melibatkan waris berlapis, dimana Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam menentukan siapakah waris-waris yang berhak semasa prosiding De Non Bonis tersebut.

  7. Sijil Faraid di Mahkamah Tinggi Shariah dan juga Surat Kuasa Mendabir lanjutan, daripada Mahkamah Tinggi Sivil telah selesai pada sekitar 2021.

  8. Kes mengambil masa yang lama akibat daripada proses mengumpul waris-waris, berserta dokumen-dokumen sokongan seperti sijil kematian waris berlapis, sijil beranak waris berlapis, dan juga sijil kematian waris berlapis yang diperlukan bagi rujukan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Maklumbalas Klien Kami

Klik butang di bawah jika anda berminat untuk mendapatkan (booking) Sesi Khidmat Nasihat & Bimbingan: Pengurusan Dan Pentadbiran Harta Pusaka secara atas talian (online consultation)

Sesi khidmat nasihat & bimbingan adalah melalui video call selama 30 minit bersama Peguam yang pakar dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka.

Melalui sesi ini peguam kami akan mendengar masalah anda serta memberi solusi penyelesaian untuk masalah tersebut secara terperinci.

Kami bimbing anda selesaikan masalah tuntutan harta pusaka keluarga anda
Atau nak kami Tadbir & Uruskan Harta pusaka keluarga anda?
Isi borang di bawah dan team kami akan hubungi anda semula untuk atur tarikh & masa konsultasi di pejabat kami di Vista Alam, Sekyen 14 Shah Alam.

*Note: Setiap sesi konsultasi adalah selama 30 minit & berharga RM77 RM47 (PROMO).

Open chat
Perlukan bantuan?
Hi, boleh kami bantu?